Sunday, August 5, 2018

Qatar Airways ke Amsterdam

Arab Saudi dan tiga negara lain. UAE, Bahrain dan Egypt dah banned Qatar dan Penerbangan Qatar Airways yang melibatkan keempat-empat negara tersebut juga terjejas, malah Qatar Airways terpaksa chartered flight dari Jordan untuk bawa para penumpangnya dari negara negara tersebut. Menyedihkan......inilah negara negara Arab, tak reti nak bersatu dan berpakat tapi lebih kepada berpuak puak sejak zaman Rasullallah lagi. Paling menyedihkan lagi, negara barat banyak mengacau lepas tu dah macam menonton wayang drama berat. Wallahualam....

Apa yang nak saya tulis adalah pengalaman kali pertama dengan Qatar Airways ke Europe. Memang unplanned tapi sekali dapat email dari Qatar Airways terus teruja membeli tiket. Alhamdulillah, harga tiket jauh lebih murah compare dengan harga biasa dari mana mana penerbangan pun. Malah ada juga orang yang berjaya dapat harga hingga RM1400++ dengan Qatar Airways ke Amsterdam. MasyaAllah rezeki tu. Bila kita mengembara ke tempat orang macam macam yang boleh kita lihat, yang buruk jadikan sempadan yang baik kita ambik. Mereka di negara lebih maju so kita ambik yang baik daripada mereka contohnya sistem pengangkutan cekap, orang yang gigih bersenam berkayuh basikal walaupun musim sejuk, mereka nampak sihat dan badan slim. Banding dengan di negara kita penuh dengan orang orang yang obes termasuk lah tuan punya tanah ni, jenuh catu makan tapi disiplin kurang...hahahaha

Perjalanan dari KL ke Doha Qatar, smooth, tapi biasa la saya jenis susah nak lelap. Pusing kiri kanan ketik remote satu movie apa pun tak boleh layan. Makanan memang kurang sedap, paling geram takde siapa pun kejut bagi breakfast bila nak sampai, masa tu saya terlelap. Senangnya kerja korang kan anak anak kapal. Bila terjaga dengar kapten announced dah nak sampai. Nampak orang lain pun sama macam terkocoh kocoh kemas. Bila sampai ground, mak eeiii ramainya ke toilet, sama macam saya. Tak sempat nak ke toilet dalam flight. Adeiii...que di toilet. Bila sampai ke transfer line que lagi. Ini amat panjang. Siapa nak transfer flight kalau transit sekejap sangat sila inform staff di situ untuk ke fast lane, tidakkan naya je kalau kena tinggal. Di sini saya bersyukur sebab kami transit almost 7 hours. Jam 7.30 pagi baru flight akan berlepas ke Amsterdam.

Airport Doha sangat luas, surau pun bersih dan cantik, kalau nak lelap sekejap pun boleh tapi kami ambil peluang berjalan. Kami tuju dekat boarding area, sepanjang nak ke sana boleh nampak ada quiet room, boleh tid

ur, ada kerusi panjang. Tapi semuanya penuh. So kalau ada yang tak nak ambil hotel sebab flight awal pagi, boleh tidur situ.

Flight ke Amsterdam pun smooth dan lebih selesa, Dreamliner flight namanya, seat tepi ada 3, so susah juga bila nak keluar masuk, tapi syukur auntie dari Thailand tu ok, takde nak masam muka ke apa tiap kali kami nak keluar. Cuma kita kena juga kawal diri jangan nak keluar selalu, kesian dia. Bila balik dari Amsterdam ke Doha kami tukar seat, kami ambil seat tengah so senang keluar masuk tak kacau orang lain. Makanan dari Amsterdam balik ke Doha pun ok, ada rasa, kenapa flight dari Malaysia atau ek Malaysia makanan kurang sikit rasanya...hahaha.

Sampai airport Schipol terus ke luggage storage, simpan beg, bergegas ke kaunter tiket bus dan entrance Keukenhofnak tengok tulip. Syukur jam 2.00 lebih macam tu dah sampai sini dan bus dah ada. Perjalanan dalam 30 minit lebih, dah puas jalan kami balik dengan bus pun ada standby. Dah lewat tapi masih ada yg baru nak masuk.
 
Alhamdulillah..1 Mei elok cantik bunga kembang segar

kalau awal bunga belum kembung, lambat sikit dah layu dan banyak dibuang
taman yang cantik


No comments: