Wednesday, August 1, 2018

Jeju Feb - Mac 2018


Air Asia dah ada direct flight ke Jeju. TQ AAX.
Tak pernah simpan niat nak ke Jeju pun, bila open sales harga murah, kita grab lah. Masa grab tu tengah tension kerja, banyak isu, musim ramai bercuti sekolah, kita jadi depressed sbb kerja.
Kita anak dah di U, lain pulak musim cutinya. Tension...hahaha.

Jeju ni plus minus 6 jam dari KL. OK la, siapa boleh lena bagus, kita ni jenis susah nak tidur dalam flight. AAX, entertainmemnt pulak takde, rimas, nak bawa buku ke apa berat beg.

Sampai Jeju terus ambik Bus#600 ke Seogwipo. Stay sana semalam, cuaca cantik so boleh lah jalan2 kaki.

Kami jalan kaki dari GH ke Seogwipo Jetty, ada walking trek juga, view cantik. Ada air terjun dan nampak banyak tourist bus, kami tak pergi tempat kena tiket ni, malas.....

 Esoknya plan nak ke Seonsan Ilchubong dengan bus saja, memang bus on time, bus stop pun dekat dengan GH tapi itulah, sehari suntuk hujan lebat dengan angin ribut bagai. Kata orang Jeju biasa macam tu. So sehari terbuang, ambik beg balik Jeju City sebab esoknya nak ke Seoul. Ambik teksi dari GH ke bus stop untuk ambik bus #600 ke airport. Tiba di airport ambik teksi ke GH di Jeju City. Kalau ambik teksi dari Seogwipo ke Jeju City, masaklah, mahal sangat dengan driver teksi yg sukar diramal. Lambat sikit angkat beg dari teksi pun marah2. Ikut nasib.

seafood memang segar tapi harga mahal lah, kami lebih suka pasar basah Seogwipo, lebih bersih

manis limau ni, limau Jeju hujungnya bonjol

GH di Jeju City ok yg penting ada heater  di lantai. Awal Mac masih sejuk. Esoknya kami breakfast dan terus ke Airport. Masa beli tiket tak terfikir nak ke Seoul tapi bila fikir balik takkan 7 hari nak spend di Jeju je terus grab tiket Tways dan Easter Jet. Dapat harga RM100++seorang pergi balik. OKlah... sebaiknya pergi turun di Jeju balik dari Seoul, masa lebih jimat. Tambang pun lebih jimat.


street food Myeogdong
Di Seoul, jalan dan makan, makan je. Syukur GH ada dapur dan kami bawa can food dari Msia. nasi je masak. 3 hari tak sempat ke semua tempat. itu pun sebab cuaca teramat sejuk. Hari last sebelum balik ke Jeju baru warm sikit.

Jeju dari udara


Kami check in di airport awal sangat so dipanggil awal, lega sebab flight banyak delay sebab cuaca buruk. Sampai je GH di Jeju City, letak beg terus cari bus dari Jeju City ke Seonsan Ilchubong yg memakan masa sejam lebih. Alhamdulillah cuaca elok so dapat mendaki tapi kesal tak sampai ke atas. Cuak sebab nampak langit dah mula gelap dan angin kuat macam nak hujan. Cepat cepatke restoran seafood sebelum ke bus stop yang tak jauh pun dari pintu masuk Seonsan ni. 

banyak tempat menarik, kalau ramai boleh drive kereta sewa boleh cover banyak sikit tapi tengok trafik yg mengelirukan rasa baik tak payah. kalau nak naik bus je elok lama stay, 4, 5 hari. Tambang bas sangat murah dan bus sharp on time, ada wifi lagi.
 

No comments: