Friday, March 23, 2018

Luzern dan Interlaken

Kami akan stay di Interlaken selama tiga hari ni. Plan punyalah teratur tapi kena ingat Allah Yang Maha Esa punya kerja siapa boleh nafikan?? Sampai je Basel nampak dah basah bumi, kami stop di Basel beli Travel Pass yang amat mahal. 216 Euro untuk dewasa, untuk anak muda sblm 26 thn dalam 186 Euro macam tu. Kalau merayau pagi petang siang malam memang berbaloi Swiss Pass ni tapi bila dah di sana baru tau, penat ooooo.....train tu pulak bukannya semua express. Rasanya Travel Pass di Osaka dulu berbaloi gempak yang amat sebab merata kami boleh dan sempat redah dengan naik Shinkansen lagi. Terbang ribu riban RM dengan Swiss Pass ni. Swiss serba serbi mahal tandas, makan segalanya. Shopping tu terbang ke laut la...tiada dalam kamus hidup di Swiss selama tiga hari, hahaha.


Dari Basel kami ke Luzern, kami skip Zurich walhal tiket dari Munich sampai Zurich. Kenapa? Plan bertukar nak ke Zermatt kalau ke Zurich dah lambat berjam jam. So ke Luzern tu kami start aktifkan Swiss Pass. Di Luzern nampak bekas hujan dan cuaca berkabus. Kalau naik Rigi Mt free tapi atas tu boleh ke nampak view cantik. Lagi pun dengan cruise slow, memang kami lambat sampai Interlaken dan ke Zermat. Zermat di hati kiranya. Nak juga tengok Matterhorn lepas baca satu blog dan view sangat cantik.


Jalan sekejap Luzern snap gambar ke toilet bagai. Hah toilet sini walaupun di train stesen 2 France, Pengsan, 10 Ringgit tu. Luzern cantik sekitar stesen, kalau dapat cruise dan naik gunung terdekat mestilah lagi cantikkan. Tengok.....Swiss Pass tak berfungsi juga, masa, masa............

Kami naik train ke Interlaken, punyalah ramai manusia, tak faham tapi kena buat buat faham, chinese mainland ni di ceruk mana pun ramai depa. Depa kan berbillion rakyatnya. Habis satu coach tu depa reserve seat. Heret lah pulak kami beg. Ingat nak berdiri je sekali ada yg datang bagitau coach belakang ada kosong, turun balik. Dah la beg berat. Antara coach ada yg close tak boleh lalu. Dah di belakang kena pulak restoran, kalau makan je boleh stay situ. Nak tak nak kami cakap kami nak makan so sorang kena order satu benda. Kami order kopi dengan croissant, mak eeiii mahal gila. set tu je berbelas Euro. Pejam je la, kan sekali sekala jalan kan... Pasrah. Kalau duduk coach tadi kena berdiri jenuh juga train naik turun bukit selekoh kiri kana lebih dua jam nak sampai Interlaken. Staff restoran suruh stay seat on the right. Cantik katanya. Last last jadi pening sebab kiri kanan cantik. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan snap gambar. Mesti boss boss SBB train yg tengah minum sambil bincang dalam train tu pelik dah kenapa makcik ni, hihhihi. Kesudahannya belah kanan memang lebih cantik. Kalau train dari Interlaken ke Luzern maknanya stay belah kiri lah...

Sampai hotel terus letak beg dan check in lambat lagi. Sempat guna microwave panas apa patut lepas tu ke Intelaken OST ambik train ke Zermat. Jauh Zermat ni dalam lbhkrg 4 jam pergi balik. View sepanjang jalan memang superb la tapi ada juga masanya terlelap. 

Dalam train memang pass di check dan diusha juga kalau nak beli train ticket ke Gornegrat. Memang kami nak ke sana tapi tak tergerak hati nak terus beli tiket drp minah saleh tu. Alhamdulillah. Sampai je Zermat hujan. Bila dongak ke atas ehhh salji. Ya kata org di situ salji tukar hujan bila jatuh ke tanah. Hmmm............harapan hanya tinggal harapanlah. Its not possible to have view of Matterhorn at this moment, kata mamat kaunter train, Lagi pun train last turun dari Gornegrat tu pun dah nak berkahir. So kalau nak naik mana mana gunung silalah pagi pagi ye...cuaca mungkin memihak kepada kita. Kalau tak berapa nampak apa yg kita nak pun, at least train masih ada untuk kita balik. Kalau tak jenuh menapak.

Nampak tak, Swiss Pass kureng membantu, dah la jauh, masa habis di situ...apa pun pasrah. At least dapat tengok Zermatt, kecik je pekan ni dan sebab hujan salji so nak merayau sekitar pun tak boleh. Matterhon entah dimana? Bila kami balik memang tak hujan pun di sepanjang jalan, kiranya di Pekan dan kaki Matterhorn je hujan. Kalau kat atas tu confirm salji lebat sebab esoknya bila kami ke Murren mamat di train stesen cakap semalam salji turun.

Sampai je hotel, penat dan frust juga. Tak apalah kita tengok rezeki esok pula kan....






No comments: