Thursday, May 18, 2017

ALLIANZ ARENA MUNICH

Target nak juga tengok lampu stadium menyala. Saya email pihak tourism Munich, tanya adakah tanpa perlawanan bola lampu dipasang?. Lambat juga nak dapat balasan email. YES! Lampu tiap hari menyala. Musim spring gelap lambat dekat 8.30pm so kami bajet pukul berapa perlu sampai. Cuak juga mulanya sebab jam 12.00 tgh malam train nak gerak ke Zurich dah tu 7.30 masih merayau di Munich City, tersasar dah waktu. Kalut ambik train ke Frottmanning, ada sign gambar bola so di situlah stop. Jalan kaki 15 minit juga baru nak sampai stadium. 

Masa tengah jalan tu nampak lampu mula menyala slowly, wahhhhh....sukanya. Bukan kami je yg datang ada satu couple dont know korean or japanese pun saing kami. Dekat stadium pun ada juga few people. Bila kami balik ramai pulak datang. Apa pun tempat ni sunyi bila takde lawan bola. So jangan pergi sorang, rumah pun takde apa pun takde situ. Lampu dipasang beberapa jam saja, bukan sepanjang malam.


Cahaya pink malam tu, kena pulak mega merah di langit. Masya Allah cantik di situ. ada sorang je local people sedang jogging masa tu

Marientplatz sana sini ramai je manusia, shopping tak payah lah semua mahal, kat Malaysia pun ada brg ni semua


Apa maknanya kalau sampai Munich tak ke stadium Allianz Arena dan ke BMW showroom kan.  Semua tempat ramai orang. BMW ni tak jauh dari city. Selain tu kami ke Marientplatz saja, dengan daily tiket just cover city. Tak beli pun untuk area Bravaria ke apa sebab rasa tak sempat nak ke Fussen bagai, rugi  je kalau beli tiket berpuluh Euro kalau masa sangat terhad. Tiket cover city tu dalam berapa belas Euro untuk family maksimum empat orang. Kalau berdua atau bertiga ok je pakai tiket tu. 

BMW Weltz


Tram macam Amsterdam juga bersepah


Ni je makan selain pizza magharita di stesen train Munich. Boleh lah, muak tepung makan juga lapar. Sedap lagi di Volendam, Holland

Kalau nak merasa cecah kaki ke Germany berbaloi ke Munich banyak tempat boleh pergi cuma  kami tak sempat sebab transit one night saja. Org germany baik baik dan lawa lawa. Yg lelaki handsome kemas yang perempuan pun lawa lawa. Admirer sungguh! Cuma basikal kat Germany tak sebanyak diguna di Amsterdam.

Malam kami ambik train ke Zurich. Stop sekali di Kaslruhe. Cuak jugak mulanya sehari sebelum tu sebab nak transfer train jam 3.30 pagi di tempat org. Takut stesen tu takde orang, kami tanya di kaunter minah saleh tu jawab endah tak endah dia kata dia pun tak tau. Adoi. Masa ada lagi sehari je ni kalau kalau nak tukar tiket train ke waktu lain. Kot la esoknya tu nak ke Zurich petang ke apa.


Last masa nak beli daily tiket kami tanya satu mat saleh ni kat kaunter. Konfiden jawab yg stesen tu besar dan banyak train stop and should be okay and safe. Lega. Proceed. Sampai di stesen tu biasa la ada org mabuk ke apa sekoq tapi ramai lagi org menunggu train. Mmasa nak ke tandas pun kena berteman sebab tandas depa entrance lelaki perempuan sama. Kebetulan masa tu ada mamat muka macam Vietnam ramai, depa pekerja di sana atau tourist juga tatau. Berkumpul tungggu apa tah kat tandas.

Rupanya di sepanjang jalan bila train stop ada je orang naik turun. Hmm....ok la. Kami sampai Basel dulu dah nampak bekas hujan pagi tu. Camne ni. Swiss bila hujan spoil habis plan nak tengok view cantik gunung ganang. Sampai Basel kami turun dan tak sambung ke Zurich sebab nak save masa. Kami beli Swiss pass terus ke Luzern. Konon nak kejar ke Zermat. Hahaha kartun betul. Rezeki takde bila hujan. Nanti lah sambung.






No comments: