Friday, December 19, 2014

Laksa Goreng

Apa kuah laksa tak cukup?
Hihi biasa lah kan. Laksa beli kat pasar banyak, pakat sedap menghirup kuah, tak cukup jadinya.

Jangan buang laksa tu sebab goreng pun sedap.

Caranya sempoi sangat


Bahan

Bawang merah 3 ulas or sebiji bawang besar dihiris nipis
Bawang putih dua ulas hiris nipis
300 gram laksa
3/4 sudu besar lada hitam ditumbuk 
100 gram udang basah
1 sudu besar kicap manis
1 pokok sawi
1 keping fish cake
Caranya'

Tumis bawang hingga kuning
masukkan lada hitam dan sedikit air dan kicap manis
masukkan laksa
masukkan udang dan fish cake
masukkan daun kucai atau daun bawang dan daun sawi
goreng dalam 10 minit dan hidangkan
kalau tak cukup masin tambah garam sikit


tak sangka sedap

ni breakfast bulan 10 hari tu yg telah menaikkan semula berat ku, kegilaan kepada croissant

No comments: