Tuesday, November 18, 2014

Ho Chi Minh Makanan Halal

nan cheese kedai Taj Mahal dekat area backpackers di Pham Ngu Lao. Ramai la pakistan go head gostan dan orang putih makan. Sos hijau dia tu mabeles


terbaik pho bo ni, fresh je dedaun tu. Thanks to sis muni, blog O-mulan, yg bagitau tempat2 ni. Kami redah jalan kaki dua hari berturut2 sebab nak makan ni. tak jauh pun sebenarnya cuma kena tau jalan. Cari Novotel HCM, dah dekat la tu.

makcik jual pho bo dan roti sandwich, harga mee tu 30k Dong dan sandwich 25k. Air kopi ais sedap baru 10k Dong

lorong yang mengadap jalan ni gerai makan mee


kalau tanya pakcik google nak cari makan pho bo ni memang pening juga, ikut dot2 biru tu melalui Notre Dame Cathederal.
tapi bila kami pergi dua kali kami rasa mudah lagi kalau jalan straight jangan belok2. Kalau ada map pun pening bila belok sana belok sini, sebab banyak sangat lorong dalam city ni dan serabut serabai. Kami ambik Palace dan taman2 hijau tu sebagai bench mark dan terus je melalui Jalan Nguyen Thi Minh sampailah jumpa simpang yang mana didepannya kedai kopi Trung Nguyen. Itulah Jalan Ha Bai Trung, kami belok kiri, jalan lagi sampai jumpa kedai Nombor 182 ke apa, dekat Perre Cardin dan Kedai pakaian dalam Triumph. Saya suka satu je disini, No kedainya jelas dan teratur, takde macam kita kalau cari kedai jenuh nak cari tang mana letak nombornya.


Sepanjang 4 hari di sana kami makan juga di kedai2 makan halal di depan hotel saigon pink dekat ben thanh tu tapi pho bo dia bau agak hanyir, setakat bolehlah je...nasi goreng seafood pun kami makan kat kedai Makan Aysah juga, sedaplah juga.  Harga pho 50k Dong, Nasi goreng pun sama harga. Not bad kan. Mana nak cari yang halal? Cuma kat Amin Halal tu kurenglah, kedai pun agak kotor, orang pun tak ada sangat. Kat Kedai Makan Aysah asyik penuh je. 


taman2 yg kami tempuh sepanjang perjalanan cari makan

Parkson, dah tak jauh dari Notre Dame. Barang biasa2 je sama je harga lebihkurang di Msia so takyah lah buang masa nak ke sini.










jalan sentiasa sesak bising berdebu sesetangahnya agak becak, hiskkkkk



No comments: