Tuesday, November 18, 2014

Ho Chi Minh - Day 1

Flight berlepas dari KLIA2 jam 12 tghari memang sampai pun on time. Smooth journey takde goyang2 jumpy ke apa. Legaaa....
Rasanya tak sampai dua jam flight ke HCM.

Ni kali pertama saya ke Vietnam. Nak merasa apa yg orang lain selalu cerita iaitu kesesakan lalulintas di sana dan betapa banyaknya motosikal.

Memang seriau nak lintas jalan tapi Alhamdulillah selamat. Kena yakin sambil beringat dan terus je lintas jangan teragak-agak, depa akan bagi laluan. Tak boleh elak kena juga melintas jalan di HCM ni. Kalau saya lah, anak kecik dan orang2 tua kurang sesuai lah datang HCM ni. Serabut sangat dan kesian depa.

Dari airport ke tempat penginapan kami  naik  bas 152, seorang dengan 1 luggage dalam 10 ribu dong saja. Tak sampai 5 ringgit. Ramai je orang putih naik bus ni. Bus stop merata dan ada stop depan Ben Thanh juga. Kami tunjuk alamat GH yang nak dituju.

tiket bus 152, masuk duit dalam box tepi driver dia akan bagi baki dan tiket, Dong ok, no RM


Kami stay kat Backpackers area. 
Ni mak sedara anak I yg bgtau tempat ni ok. Katanya anak dia pernah stay sini. Memang Vy Khanh Guesthouse (GH) ok cuma surrounding area je yang tak ok. Kawasan sesak dah macam cerita gangster movie Hong Kong pulak. Tapikan terselit satu kedai makan halal iaitu Taj Mahal. Nan cheese dia sedap, nasi tomato pun ok. Cuma 35k dan 40k dong saja.

nak sampai GH kami kena tempuh jalan yang ada amoi jerit 1 Dollar noodle, nampak kami nak ambik gambar dia terus masam muka

Fisrt day melilalu juga mencari. Lepas sehari dah boleh cam jalan mana nak lalu. Nak ke ben Thanh dalam 10 minit. Tak jauh sangat cuma nak melilntas jalan tu yang agak ambik masa. Kiranya Pham Ngu Lao yang banyak backpackers GH ni opposite New World Hotel yang jalannya terus ke Ben Thanh. Yang memisahkan New World Hotel dan Pham Ngu Lao Backpackers GH ni  adalah taman yang sentiasa penuh dengan manusia. Tak kira siang dan malam.

Yg kami hairan tu mereka ni malam2 tak kira hari apa pun ramai masih lepak2 di taman. Syukur kita orang Islam letakkan malam2 untuk berehat dan beribadat di surau, masjid atau di rumah.

kebanyakan Malaysian stay kat lorong bertanda hotel Hoang Hai Long mengadap Ben Thanh, restoran muslim pun dah banyak di situ. Malam-malam meriah, nampaknya orang Malaysia ni  menghidupkan sungguh ekonomi Vietnam, hihi

Hari pertama kami tinjau je dalam pasar ben Thanh, dah kena tipu dalam tu, air mineral botol besar dijual 30 ribu dong. Dahaga sangat terbeli, hahaha...keluar kat kedai 24 jam , "K", baru 8000 dong. Hambikkk. Memang depa suka menipu dalam Ben Thanh tu.

First day sampai owner GH dah pesan jangan pakai barang kemas, beg jaga, passport tinggal di bilik. Hmmm seram juga sebab keadaan di sini memang tak boleh dijangka, nampak muka2 kat tepi jalan memang mencurigakan. Wanita biarlah jalan berteman, kalau boleh tu biar ada lelaki dalam group jalan2 tu. Kalau takde pun biarlah ramai sikit wanitanya.

Tapi saya tak tinggal passport saya bawa je mana boleh ke mana2 tinggal passport. Itu lagi bahaya, so sling beg ke depan, mulalah cari sarung tangan kat pasar Ben Thanh at least gelang terlindung walaupun cenonet je gelang tu.


No comments: