Friday, November 21, 2014

Ho Chi Minh Barang Yang Patut Beli

Gajus banyak dijual ada yg clean ada yg berkulit dalam lagi
Yg berkulit dalam habis murah lepas pung pang pung pang tawar 190K Dong. Yg clean 220K Dong. Tak tau lah kalau ada yg dapat lagi murah, itu dah sana sini tanya.

Depa ni jenis kita tanya lepas tu nak blah suka tarik tangan
lepas tu bagi kalkulator suruh kita letak harga
kalau tak suka marah2 kalau suka tu cakap ok
Hangin juga....kalau tak berkenan blah je ramai lagi penjual gajus
Tapi yg tak tahan tu selain gajus benda lain macam ikan jeruk2 pun jual, ada sesetengah tu dok pegang apa2 macam jeruk tu lepas tu nak pulak pegang gajus bagai, saya blah je lah, tak lalu nak makan gajus tu nanti.

Gajus masih berkulit tu lebih sedap drp gajus clean, lebih rangup.


gajus ni saya beli kat satu gerai yg sehari sebelum tu saya skip sebab penjual nya suka marah2 dan bila kita blah tak beli dia membebel, dah la muka garang, masa beli ni orang lain jual tiba2 dia muncul, hmmm tak boleh lari la, masa ni dah dapat harga ok drp dia semalam dan dah siap packing, mana la saya cam kedai banyak sangat

yang ni penjual dia ok, yg skin tu lebih sedap, teringat kecik2 dulu kutip biji gajus dan bakar, sangat sedap dan bau wangi, silap haribulan melecur bibir sbb getah gajus panas

yg ni pun ok gerainya, dapat 200k dong utk yg masih skin

kopi ni 500g each so sekilo dapat RM20 bila bancuh bau hangit kuat sampai seriau nak minum, karbon terbakar tak elok kan, Nauzubillah hindarilah kami daripada penyakit2 yg memudaratkan kehidupan dan kebahagiaan. Amiin.

3 in 1, tak sedap. Owner GH pakai brand ni tapi yg pure kopi, takde susu n gula. Mat salih germany puji so sedap katanya. Nyesal tak beli, sampai airport banyak jual tapi harga gila kentang mahal. Ini takde campur jagung kata owner GH

yg ni beli kat tepi jalan depan hotel kedai makan halal bagai tempat ramai org melayu shopping malam2, dia bancuh juga kopi RM3 segelas, pun dua bungkus RM20

ni kedai suit yg kami tempah, masa membeli kain di situ dan tempah suit saya cakap nak naik kan iklan kedai dia kat internet , punyalah eksited orang vietnam ni kalau nak iklankan depa
tapi dah sedar kena goreng dengan harga kain yg lebih mahal hampir separuh berbanding ben thanh so sorry la, suit pun so so je, 
patutlah takde org.carilah kedai lain sebelah Kingston Hotel nampak lebih kemas suitnya walaupun harga little bit expensive USD100. 


Selain kopi, kain ela dan gajus, benda yang banyak dijual adalah sunglasses fake bagai. jangan segan2 nak beli, mat salleh minah salleh pun belasah barang2 fake ni je. Saya minta kurang sampai dapat RM7  satu spek hitam Rayban atau Oakley tu. Kalau dalam pasar tawar RM10 pun depa dah hangin macam la kita tak tau barang fake. Kalau T-shirt dijual ditepi2 jalan I Love Vietnam tu tak payah beli kalau satu lebih RM10. Baju tu jenis kain tak elok, panas bila ditarik tak regang langsung, tulis je kat situ 100% cotton. 

No comments: