Thursday, November 20, 2014

Ho Chi Minh Apa Yang Perlu Anda Sediakan?

Ni utk saya review balik jika berkeinginan ke HCM lagi
Biasa la cakap tak nak ke sana lagi
Tapi bila dah sampai Msia baru teringat
laaaa kenapa tak beli itu beli ini, cari pula tiket kot2 ada yang murah.

Ha sudah, ingat murah ke tiket nak ke sana?
Mat saleh kat sana ada tanya apa yg kami cari di HCM

sightseeing? erkkkk
Perlu ke sampai ke HCM, Malaysia lagi cantik dan bersihkan?
Kami jawab lah kami datang biasanya untuk shopping fabric yg jauh lebih murah dari Msia
Owner GH tanya bukan ke kena tambang, la hotel la?
Biasa la kan, orang Malaysia....
sambil menyelam minum air

so siapkan luggage koman2  25 kg kalau naik Air Asia, baru RM 45 kot
Jangan tak tau beli jubah untuk my mak saja dah berapa kilo sbb jubah lycra sangat berat.
Itu masuk bawah kapal je dah 25 kg
Yang angkut naik atas dah 14kg confirm lah

Beg tu biarlah beranak kecik2 bukan beg besar sekali isi 25 kg
itu memang sah2 sampai security sana kena tahan
saya campur aduk je baju dah pakai dengan baju baru beli
balik rumah semua tu sekali saya basuh
sebab memang tabiat bila beli baju baru saya akan basuh sebelum pakai

so takdelah kalau kena tahan kastam dia syak kita beli banyak barang di HCM
tapi apa2 pun standby juga duit utk kena tax, standby je sikit Dong dan RM

kalau nak tukar duit DOng kat HCM pun ok, masih murah
cuma kalau dah tukar kat Msia macam rugi sikit
Di Ben Thanh atau tepi2 jalan, bila mereka beri harga dalam ringgit senang saya nak tawar, contohnya harga RM30, senang saya terus tawar RM25, nampakkan saya minta kurang RM5.
Tapikan bila saya tanya harga Dong, katalah harga 150 ribu dong, dah lah nak kena congak balik darab dengan nilai yang saya dah tukar di Msia, rugi pulak tu berbanding dengan harga dalam RM yang mereka buka tadi.  Kalau nak tahu nak dapat kurang 10 ribu dong pun jenuh nak bertekak, hahaha....

Pada saya lebih berbaloi untuk bertekak untuk kurangkan RM5 tadi so better berjual beli dalam RM dan bawa duit RM bebanyak. In case duit Dong habis dan sangat perlukan matawang tu boleh je tukar di sana.
USD tu memang depa suka sebab lagilah mahal tapi saya tak suka, bunyi 1USD, 2USD, kecik je tapi kalau RM dah besar sangat. dah nama pun ke HCM nak cari barang murahkan....

Buah-buahan memang nampak menarik je tapi satu pun saya tak beli. Kat airport nampak mat saleh bawa balik buah dengan bakul2 sekali. Kat Msia banyak buah2 semua tu dan harga di sana mahal drp di Msia. So saya skip.

Untuk trip saya ke Chu Chi Tunnel je ambik half day package dengan GH, USD5.5 seorang. Tiket masuk tunnel 90 ribu dong. Singgah pusat kraftangan orang cacat, lukisan depa sangat cantik tapi tak beli pun. 

Kalau pergi dengan tour guide seorang 25USD sama dengan lebihkurang RM83. Jimat lebihkurang RM50.00. Mekong River tak pergi sebab itu lagilah ambik masa panjang. Nak ke Chu Chi Tunnel pun saya dah rimas sebab agak jauh juga, satu bas penuh Delta Tour ni kutip orang, ramainya orang putih je. Kalau group sesama kita 10 orang ok je sebab dah duduk dalam satu group kan. Tour guide fasih BI, so enjoy je trip ni. Guna bus kecik dalam 30 orang bila penuh.
yg baju koko tu tour guide kami, Ken, group ni ramai org putih bising la dalam bas lepas selesai lawatan

Bilik seram, haha security katanya, beg2 digeledah lepas scan, macam la bawa balik bom ke apa, kain je pun. Bangang betul, patut biar je lah beli kain banyak2 majukan ekonomi negera diaorang atau ini dasar negara komunis? Make sure standby RM dan Dong baki ye


Pasal makan kami bawa kari ayam tin lah apalah lastly bawa balik, sebab kedai halal dah banyak dekat2 Hotel di area Ben thanh tu. Tapi kalau nak bawa apa salahnya sebab harga makanan halal mahal juga. Sehari sekali makan kat kedai tu oklah, kalau famili besar jenuh juga, sediakanlah wang lagi besar juga. Kat area sini ada je banyak jual kopi susu yang sedap sangat tapi owner GH pesan jangan kerap sangat minum sebab ada di antara mereka di sana jual kopi yang dah campur jagung bakar. Jagung dibakar sampai hitam dan dihancur bersama kopi untuk jadikan banyak. Karsinogen benda yang dah jadi karbon. 

Mee maggi biskut2 kami bawa je dan memang habis makan masa breakfast dan jalan2. Apa pun lepas ni kalau ke HCM lagi 2 hari 1 malam pun saya rasa cukup. Kalau nak tempah suit sampai je pagi terus buat lepas tu esok pagi ambik. Balik petang. Hmmmm ada hati tu nak pi lagi.

Visa pun tak perlu, saya terpaksa renew passport sebab tarikh ke sana ngam2  6 bulan. Dulu nak ke Bandung at least time dah sampai balik Msia passport kurang 6 bulan. Kali ni masa di Vietnam dah jadi kurang 6 bulan so org Imi nasihatkan better renew takut kat sana buat hal. Nak keluar Msia memanglah cukup 6 bulan. 

Air Asia berlepas balik lewat sejam, hmmm
elok juga pre book nasi lemak ke so tak payah lunch di HCM



No comments: