Sunday, October 5, 2014

Sandakan, Sabah

Kalau tak kerana tugas tak sampailah saya ke Sandakan.
Sebabnya jauh terceruk nun dibalik sana kepulauan Borneo dah menghadap Laut Sulu.
Lagipun terfikir apa yg ada di sana selain Sepilok Orang Utan?

Saya tiba dari KLIA ke sandakan dah jam 2.00 ptg. Kecik je airport Sandakan dengan serabutnya sebab tengah renovation lagi. Sampai je terus ambik cab ke Pavillion Hotel. Ni cadangan kawan sepejabat dgn alasan dekat dengan pejabat. Ok juga hotel ni harga pun baru RM135 termasuk tax tapi jauhnya kalau nak ke bandar. Tambah pulak kedai makan agak jauh dan sekeliling dah sunyi walaupun baru jam 2.30 ptg. Mati kutu. Takkan nak tukar hotel lagi dan bayar lagi teksi? Duduk je lah sampai esoknya baru pindah ke bandar bila ada driver boleh hantar.

sebelah je dgn pasar
Di bandar stay di Sheraton, nak book sini boleh je through Agoda atau call. Dua2 nak nombor kad kredit dan kalau tak muncul depa akan potong melalui kad tu. Bahaya kalau tak jadi. RM 226 perday. Bilik memang ok sangat selesa tapi breakfast, alahai.........sangatlah tak sedap walau pun menu banyak. Menu pun sama je tiap hari, takde nak ubah langsung. Yang bestnya hotel ni sebelah pasar awam, disitulah nak beli ikan bilis udang kering ke atau ikan basah. Di situ jugalah tempat jual mutiara. Sekeliling hotel ni ada kedai kedai-kedai lama. Hotel berdekatan yang lain adalah Ibis Hotel, menghadap laut juga.
menu setiap hari

swimming pool
view from my room

site visit di ladang
Hari ketiga di Sandakan kami ke ladang, jauhnya perjalanan dengan jalan ke ladang yang tak rata, balik dibawa ke Beluran utk makan seafood, memang lubuk udang galah dan juga ketam nipah. Ikan sungai pun banyak. Tak boleh nak hadam semua makanan so ada yang tapau.


dibawa makan seafood di Beluran

Add caption
udang galah Beluran



 
di pasar Beluran


No comments: