Sunday, October 5, 2014

Sandakan-apa yang menarik

Tak sempat ke Sepilok Orang Utan. Jadi hari-hari lepas balik dari pejabat hanya sempat terjah pasar sebelah hotel. Bahagian sayur, ikan bilis dan kedai mutiara masih ada yang dibuka. Ikan bilis di sini kurang sikit kualitinya berbanding bilis Pangkor dan Langkawi, tapi harga jauh lebih murah. Bilis belum kopek boleh dapat RM12 sekilo tapi bila saya basuh nak goreng, ikan bilis ni bau agak busuk, mungkin dah naik ke darat baru direbus dan jemur. Kalau tak silap, bilis Langkawi dan Pangkor mereka akan rebus dalam kapal dan terus jemur barulah ikan tak busuk. Bilis dah siap berkopek dapat RM18/kilo.

Udang kering sememangnya terbaik di Sabah tapi saya dapat bezakan harga di Kota Kinabalu lebih murah. Boleh dapat less di kedai Aladdin di KK. Macam tu juga dengan mutiara, ada butang baju melayu lebih murah di KK berbanding di Sandakan, tapi beza taklah besar sangat, seringgit dua saja. 

Ikan basah kat KK dan Sandakan memang dijual di tepi2 pasar seawal jam 5.00 pagi, kan dah subuh waktu ni. 5.30 tu dah cerah.
sedap, dijual oleh satu amoi depan gerai ikan bilis, kata amoi ni tiap2 minggu org hantar sbb laku, harga tak silap RM1.90 je kalau kat KK dan airport mahal lagi.
bukan mutiara, rasa tertipu, ni plastik je, brooch 3 dlm 1, 2 kiri kanan dan yang ditengah mutiara seperti gambar dibawah atau boleh pilih yg lain. di bawah ni mutiara air tawar, mutiara ni nampak saiz tak sekata, ada yg sengetlah, kalau mutiara air masin lebih cantik dan lebih bulat


mutiara air tawar


kedai mutiara yg saya beli bnyk juga brooch dan butang baju melayu

pisang ni byk, setandan baru RM15, panjangnya tandan, kat smnjung dah mahal sbb ada penyakit so buah tak banyak

pengalaman ke rumah air


mabong, sekilo RM5.00

pasar di luar pasar seawal jam 5 pagi dah ada, murahnya ikan, lebih murah di KK tapi takut nak beli sebab kena stay di KK  lambat lagi nak balik, nasib baik pun tak beli sebab rupanya flight Maswing, luggage 20 kilo saja.

No comments: