Saturday, October 25, 2014

Marble Kek Paling Mudah

Saya kurang nak makan benda-benda manis ni.
Memang dikawal tapi bila sekali sekala teringin mencari juga.
Tambahan lagi kalau bahan semua ada. So semalam tak tau nak buat apa, saya cairkan butter dan jadikan kek marble. 
Nak letak resepi ni supaya tak lupa, esok bila nak buat bolehlah guna balik. Caranya sangat mudah sebab tak payah mixeratau kitchen aid bagai, oven pun takde main bakar atas plate je. Cuma tak best sebab pewarna ros habis so tak colorful.

Resepi Kek Marble 

250 g butter (sebuku) 
1 cawan gula
2 biji telur 
1 1/2 cawan susu cair
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar baking powder
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu serbuk koko (saya guna coklat masakan yang dicairkan dalam 5 sudu besar)
1 sudu teh esen vanila

Cairkan mentega atas api perlahan. Sejukkan hingga agak suam. Masukkan ke dalam blender dan blend dengan gula. Biarkan hingga sejuk. Masukkan telur dan blend lagi. Campurkan esen vanila. Kemudian masukkan tepung, blend lagi sambil tambah susu cair.

Keluarkan dari blender dan masukkan soda bikarbonat dan baking powder, kacau perlahan sekejap saja. Kemudian asingkan kepada 2 bekas, 1 biarkan natural, lagi satu masukkan serbuk koko (kalau ada pewarna merah bolehlah bahagi kepada 3). Lepas tu masukkan dalam acuan kek.

Bakar dalam 40 minit. Sebab leka so terlajak sampai 50 minit dan kek jadi agak perang di bahagian bawah, nyaris tak hangit. Dahlah bakar atas plate je takde oven pun. Oven kat kampung ni rosak, tapi bakar membakar tetap "on".
sedap dan moist

huhu ...oven rosak ini pun bolehlah, api paling kecik takut hangus tepi dalam tak masak, periuk ni masa saya belum ada kot, arwah tok punya, beli tahun 70an

No comments: