Tuesday, October 14, 2014

Laksa Beras _Homemade

Mudahnya nak buat laksa, lebih mudah daripada menggunakan laksa kering sebab dengan laksa kering nak kena rendam dulu, lepas tu lama juga nak merebus. Kenapa agaknya orang dulu dulu boleh switch kepada laksa kering? Kami yang biasa buat kerja siasat dalam kilang ni dah biasa tengok rata-rata kilang buat mee hoon dan laksa ni tahap kebersihan kilang adalah rendah, ada yang berkeliaran anjing, lantai yang kotor, pekerja tak berbaju dengan panas memasak, tentulah peluh sana sini kan....

Bila dah jumpa resepi dan dah cuba, Alhamdulillah, tak susah pun, sekejap je dah siap
Jom try

Resepinya

2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
(resepi asal tak letak pun tepung ubi)
Garam
Air panas mendidih secukupnya
( tak sukat, masa adun tu saya agak-agak je)

Cara

Gaul semua tepung dengan garam
Tuang sikit demi sedikit air didih ke dalam tepung tadi
Dengan menggunakan senduk kacau adunan dan jangan sampai lembik
Bila dah sebati adunan dan tak lekat dibekas biar sejuk sekejap
Dalam periuk masak air panas
Tekan doh tadi gunakan acuan maruku ke dalam air panas
Biarkan sampai laksa timbul sendiri menandakan dah masak
Ceduk masukkan laksa ke dalam air sejuk biarkan 5-10 minit
Toskan


Add caption


Dah beberapa kali cuba saya dah boleh agak, kalau senang dan laju je adunan keluar semasa ditekan ke dalam air panas maknanya adunan lembik, laksa akan putus2, kalau agak susah nak tekan keluar dari acuan, in sya Allah ok laksa tu bila rebus tak putus2.


Selamat mencuba. Dah tak was-was lagi dengan laksa buatan sendiri. Banyak juga dengan dua cawan tepung, sekali makan bolehlah untuk 4-5 orang.

No comments: