Sunday, October 12, 2014

Kota Kinabalu-Masak Lemak cili Api Ketam

Kalau ke Kota Kinabalu atau tempat lain d Sabah lagi rugi kalau tak beli ketam.
Harganya murah dan fresh lagi. mana nak dapat. Ketam saiz xl baru 12 ringgit sekilo.

Jom masak lemak ketam
5 kilo ketam beli di kota kinabalu, sekilo ada yg RM 10, ada RM 12. Fresh dan besar. Bekas polisterin dibalut tape, kotak luar pun balut tape, pun bocor
























Bahan

10 biji cili api
satu labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
 Blend hancur semua bahan ini

Santan pekat daripada sebiji kelapa.
Garam secukup rasa.

Masukkan semua bahan kisar dalam periuk 
dan letakkan sedikit air, masak sebentar hingga mendidih
Masukkan ketam dan tutup dengan tudung periuk dalam 5 minit.
Kemudian masukkan santan, jaga api supaya kuah tak meruap 
dan supaya santan tak pecah minyak. Bila mendidih,
masukkan garam secukup rasa.
ketam ni fresh so tak perlu letak serbuk perasa
kalau nak rasa manis ke letaklah gula secubit saja.
Kadang tak perlu letak gula tambah2 kalau santan dah lemak dan manis.


No comments: