Thursday, October 9, 2014

Kota Kinabalu -Apa yang menarik

kedai Alladdin, yang berambut panjang ni. 


Kalau ke Sabah rugi tak beli udang kering dan ikan bilis. Sebab harga berbaloi-baloi. Saya ada dengar kakak di Sandakan sebut udang kering Tanjung Aru, ada yang kata harganya agak mahal, lebih RM 50 sekilo sebab disalai udang tu. Yang biasa dijual tu dari Tawau atau Sandakan, lebih murah dalam RM 34 sekilo boleh dapat. saya beli je dua kilo, sekilo dah habis agih-agihkan dan tinggal sekilo lagi untuk sendiri.
Ikan kering biasa je  macam lebih murah di Semenanjung. Ikan bilis pun lebih murah di KK ni, yang dah kopek boleh dapat RM 18 sekilo. Kat Semenanjung ni semuanya dah cecah RM 30 sekilo utk bilis kopek yg cantik.

Itu gambar Aladdin tengah tolong saya pack ikan basa. Dalam tu ada kotak polisterin dan luarnya Aladdin letak kotak biasa. Dan memang bocor juga polisterin bila dah sampai rumah so eloklah luar tu letak kotak sebab dalam kapal tak tahulah macam mana boleh bocor/ Kalau dengan polisterin saja lagilah mudah bocor. Sekeliling poisterin dah penuh selotape, luar kotak pun penuh selotape. Banyak juga selotape yg Aladdin pakai. Charge dia pun murah je, kata Aladdin kalau kat pasar sangat mahal charge dikenakan. Kotak polisterin pun sangat mahal di kedai2 depan pasar, kotak utk 10 kilo ikan pun dah dekat RM20, kami ke kawasan kedai2 dalam sikit dapat kotak untuk 15 kilo baru RM 13.00 saja. Berbaloi beli ikan fresh dari sana. Make sure jangan kena denda terlebih berat sudahlah macam saya kena. Terbang RM 100.00 Tapi saya tetap happy sebab dapat bawa balik kepada keluarga ketam fresh RM 10-RM 12 sekilo. Tanya kat pasar sini RM 34 sekilo. Hmmm....mampu ke nak borong ketam 5 kilo di sini?



No comments: