Wednesday, September 10, 2014

Honda Service Centre Sg Petani

Hmmm....memang perlu share pengalaman ni dengan semua orang. Pengalaman buruk rasanya. Mudah-mudahan orang lain tak terkena macam saya.

Bulan 4 lepas kereta saya tersengguk, bukan tersengguk-sengguk non stop pun. Dalam perjalanan balik dari Bangi ke Shah Alam sekali je sengguk masa tengah laju. Sebelum tu ada jugaklah tanda2 sengguk ni macam masa membelok di trafik light. tapi jarang jadi. Bulan 4 tu kira teruklah bila drive laju kena. Mulanya ingat bateri sebab pengalaman 2012 pernah jadi sama, masa tu sedar2 bateri dah setahun setengah. Tukar bateri ok. Jadinya esok plan nak balik Penang terpaksa cancel. Nak bawa ke Honda Shah Alam dulu. Bila pagi nak ke Honda tu baik pulak dia, tak sengguk langsung, mungkin sebab jarak dekat sangat, check bateri dan system computer semua ok.  Esoknya on je lah balik Penang sebab semalamnya dah ambik emergency leave.

Dah nak sampai Penang sengguk sekali lagi pulak. Lain-lain semua ok, drive cantik dan sesedap biasa je City ni. Kiranya dalam perjalanan Shah Alam Sg petani dua kali lah sengguk. Lepas tu seminggu jugaklah drive ke tempat kerja. Lama-lama makin keraplah pulak sengguk dia. Sampai nak potong lori pun tak boleh.
Memandangkan kat sini belum jumpa bengkel untuk kereta ni, memanglah masuk Honda juga. Hmmm.....lainkali kan kalau ada tanda-tanda ada benda yg tak kena macam tertinggal kuncilah terpaksa patah balik ambillah, terpaksa call kawan datang ambiklah tup2 mekanik kata kereta dah siap checklah, silalah keluar dari situ. Memang ada yg tak kena di situ, ada sesuatu nak jadi. 


Bila dah tinggal kereta untuk check, banyaklah barang yang Honda senaraikan nak kena tukar, Blur sekejap, nak tukar ke tak dan jam2 tu jugak call Honda Shah Alam utk check bila last tukar barang tu. At last barang yg kononnya sebabkan kereta sengguk diorder tapi bila dipasang sama juga masalahnya. Mereka list pulak barang lain, bukan 1 je, dua tiga lagi. Siap bagitau kalau saya drive kereta tu dah mula mati di jalan. Hah sudah!, 

Barang kat Honda harga nak mencecah dua ribu, kalau kat luar 500 pun tak sampai, tentulah saya nak buat kat luar. Dengar kereta mati kat jalan dan bincang2 mereka benarkan bawa barang dicari sendiri. Happy sekejap. Bila barang dah ada depa tukar, sama juga. Akhirnya depa list barang lain pun,  mengikut lagi masa ni, kita nak gerak sana sini, fikir janji kereta siap dan barang lain yg dikatakan rosak tu takdelah cecah ribu2. Try tukar tak ok juga dan barang2 ni mereka tak charge lah. Last sekali selepas dua minggu kereta di Honda Service mereka kata komputer box pulak rosak. Hah? Saya ni bukanlah pemandu yang lanyak kereta, saya sorang je pun drivernya, kereta saya takde sapa yang usik. Yang tak tahannya sepanjang dua minggu tu mechanic macam2 tanya, kereta ni sebelum ni hantar kat luar ke, enjin ni siapa usik. Yang menggerunkan bila sengguk mechanic bagi tau nak buka enjin. Saya yg tak pandai pasal kereta ni pun terfikir, apa barang dalam enjin kau nak cari?

Saya call mechanic Honda lain tanya perlu ke kacau enjin nak cari sensor bagai? Tak perlu tak ada kaitan kata mereka, kalau sengguk ni tak plug, atau coil atau filter minyak/pump. Haishhh, siap merayu janganlah usik enjin so far tak de masalah. Bila fikir2 balik, Ya Allah sedihnya.Kenapalah saya biarkan kereta tu di situ dua minggu, dah lah mecahnic cakap sambil2 buat kereta orang lain tengok2 kereta saya. Sedari awal masa kata fuel pump rosak saya patut tarik kereta tu keluar, bukan tak boleh gerak pun kereta tu, saja je digempaq kereta sekejap2 mati. 

Dah kata komputer rosak dengan saya nak berkursus lagi, maka kereta dipandu keluar balik rumah, takde pun sekejap2 mati. Lepas tu cari bengkel luar lepas tanya sedara mara kat mana. Memang terkejutlah bila mechanic tukar spark plug saja.Masa di Honda saya ada pesan, cuba2lah check spark plug,. Katanya dahhhh tapi tak ok juga. Yang tak tahan tu masa mechanic yang tukar spark plug ni dia komplen stereng liar. Ingatkan lepas buat alignment balancing oklah rupanya stereng lunyai, rosak. Mak eiihh takde masalah ada masalah baru.  Hmmmm...........inikah honda? Cer buka webiste honda siap iklan lagi mereka ada expert. Nak je maki hamun, kita ni pelanggan dianiaya tau tak? Ingat duit petik dari pokok macam petik daun ke? Saya komplen sampai ke Honda Malaysia tapi macam biasalah, barang dah tukar dah pakai so no refund.

Saya kesal sangat, dan ini ikhtibar untuk saya yang selalu ingat nama pun Honda kan, tentulah pusat servis pun boleh dipakai. Tapi rupanya...............barang tak rosak dikata rosak, barang sedia ada yg tak rosak boleh jadi rosak. Dalam 11 tahun pakai City ni memang servis banyak di Honda je so dah berapa banyaklah spare parts tak rosak yang ditukar?


Siapalah lagi yang terkena , itu yg saya terfikir, nak2 bila saya ke bengkel luar baiki stereng tanpa membuka cerita pengalaman saya ni, mechanic bagitau ada juga barang2 yang Honda lupus depa kutip pastu jual balik sebabnya tak rosak pun. Nahhhh...........buktinya kan, saya sendiri melalui pengalaman tu.

Kepada orang2 yang tak amanah, jujur dan bersungguh dalam pekerjaannya hingga menganiaya orang lain, percayalah, Allah itu maha adil. Banyak lagi keperluan lain yang menunggu untuk kami belanjakan bukannya campak gitu2 je kat Honda Servis, harga barang kat tempat kamu dah lah mahal mencekik, pastu aniaya pelanggan pulak. 


A dedicated team of experts
  • Our Service Centres are made up of qualified technicians with certified technical college backgrounds, who are led by senior experts in the automotive technology.
  • Training sessions in diagnostics, maintenance work and repairs are held on a regular basis for all Service Centre personnel.
ye ke experts? kalau ada pun berapa ramai?

1 comment:

hamizan ahmad said...

Salam tuan.. Sy guna city dah 3 tahun.. Sy nk servis luar.. Apa nasihat jika sy nk servis luar..? Ada x Kedai servis di SG petani yg tuan bole rekemenkan pada sy.. Tq