Friday, June 13, 2014

Osaka Part 1

Hentam sajalah labu. Ikut dan je ni nak update blog utk catatan diri sendiri. Mana lah tau esok ulang ke Jepun lagi. So tulis ni tak ikut sequence. Nak catat pengalaman ke Flea Market di Banpaku di Osaka dan juga di Sakai.

 

Kali pertama nak ke Banpaku tapi tak kesampaian sebab salah tempat masa turun train. Jadi ke Flea Market yg sangat kecik. Habisnya menangkap gambar bunga sajalah.

 

 

 

 

 

 

 

comelkan awek jepooon

kami turun di ryokuchi koen so tak sampailah ke Banpaku Koen. Patutnya turun di Senri Chuo. Lepas tu ambil monorail ke Banpaku

Midosuji Line yg berwarna merah. Line ni juga kammi guna ke Flea Market di Sakai. Arahnya ke bawah dan turun di stesen Shinkanaoka sebelum Nakamazu. Tapi gerai paling banyak di Banpaku

Kali kedua baru sampai Banpaku

 

 

 

nak masuk kawasan pun kena 250 yen. sat lagi nak masuk ke pasar kena lagi tapi tak ingat berapa yen. dari hotel di amagasaki sampai ke Banpaku ni tup tap tup tap mau 1000 yen lebih jugalah pergi balik plus tiket masuk. Nasib baik banyak barang boleh dapat murah. Macam saya beli backpack baru harga 250 yen je. Jalan ke kedai di bandar mau cecah 2 ke 3 ribu yen sebeg

Kali ke 3 nak lagi pergi sebab gift nak bawa balik Msia tak cukup padahal beg dah lebih muatan. Redah lah juga sampai ke Sakai sebab Banpaku ni bukan every weekend ada. Flea Market depa ada jadual.

Di Sakai tak sempat ambik gambar. Kami ambik Midosuji line di Shin Osaka, mulanya nak ke Senri Chuo ada flea market katanya. kena turun train dan ambik bas bayar 200 yen sehala. Kebetulan masa dok usha tiket kat shin osaka mulut ni ramah sangat tanya pakcik jaga stesen so dia explain berjela. Rezeki kami hari tu naiklah Midosuji line ke mana pun berapa kali pun hanya bayar 600 yen. Midosuji Line ni subway dan harga agak mahal, tiket paling murah 180 yen tak kiralah dekat ke. So apa lagi kami tak menuju ke atas ke Senri Chuo tapi kami ke bawah ke Sakai Flea Market. Plan awal tak nak ke Sakai sebab jauh confirm tiket mahal. Dan memang gerai lebih banyak dari Senri Chuo (ada kawan berpecah ke sana) tapi panasnya mak eeeihhh. Sampai peniaga pun komplen dan tutup gerai awal jam 12 lagi. Habis memborong kat flea market sambung kat supermarket. Punyalah murah dan cantik pakaian dalam makcik akak akak apalagi borong sakan. Kat Malaysia dah taraf Wacoal dan Triumph, 700 to 900 yen sapa nak bagi kat Malaysia?

No comments: