Saturday, June 14, 2014

Kobe, Kansai Japan

belakang JICA Kansai, ada tongkang bot dll. seawal jam 5 pagi dah ramai yang jogging. Di sini jugalah saya dikejar anjing. Pagi dan petang ramai yg bawa anjing keluar bersiar. Terlalu banyak berjalan lepas kelas so tak berjogging pun walaupun tempatnya sangat sesuai utk jogging.

Dari JICA Kansai, guna stesen NADA menuju ke KOBE Port bayar tambang 160 yen. Kalau Ke Sannomiya, 130 yen atau ke Motomachi pakai train yang sama. Masjid Kobe juga ada di sana, turun di Sannomiya ambil bus. Train ni bergerak ke Himeji. Kalau patah balik terus ke Osaka Station. Apa ada di Sannomiya dan Motomachi? Ada kedai di sepanjang jalan yang berbumbung. Dari Motomachi boleh je nak jalan sampai ke port KOBE, tak jauh pun. SOGO di Sannomiya tapi harga barang takdenya murah, dalam tu ada COACH, ada branded item juga. Jalan tengok je lah....Nak shopping masuk je street berbumbung tadi.

Port KOBE lagi. KOBE pernah gempa dahsyat pada 1995.



Add caption

KOBE Tower, malam baru cantik

 

 


No comments: