Friday, March 14, 2014

Rambut Gugur Kuku Pecah




Masalah utama saya bila umur makin meningkat ialah kuku pecah dengan teruk sekali. Kuku ibu jari tangan pulak tu. Dari depan kuku bahagian tengah pecah hingga ke bahagian dalam. Camne nak tutup tu? Terpaksa potong kuku hingga pendek habis kot kot tumbuh baru tak pecah lagi tapi sama juga jadinya. Hampir setahun lebih macam tu. Ramai tegur kenapa dgn kuku? Sampailah terjumpa satu kenalan yg claimed dia ambik supplement bio zinc untuk rambut. Benda ni sesuai juga untuk kuku. Dia pakai brand Blackmores.

Solaray                             Bio Zinc, 100.0 Each , Capsules
Saya tak beli blackmores sebab ada offer lebih baik masa tu dgn Bio-Zinc Solaray. Rasanya baru sebotol saya makan. Alhamdulillah, kuku pecah dah takde. Rambut yang banyak gugur sampai nampak kulit kepala dah nampak banyak semula, kulit kepala dah tak berapa nampak. Mulanya ingat benda ni tak bawa kesan baik jadi lepas dah habis sebotol saya beli Blackmores tapi saya selalu terlupa makan dan nampak Blackmores ni macam kurang sesuai dengan saya, so nak beli Solaray semula.


Selain makan bio-zinc saya guna  tonik rambut rojam saja, harga tak sampai 10 ringgit. Pernah beli  tonik dan shampoo produk Audace tapi tak jalan juga, rambut tetap gugur. Dulu tak kisah rambut gugur tapi kalau dah nampak kulit kepala dan setiap kali sikat bergumpal-gumpal rambut putus, takkan nak biar. Dengan izin Allah, keadaan bertambah baik.

No comments: