Friday, February 7, 2014

Padang, Bukit Tinggi, Sumatera Barat

Pengalaman kali pertama ke Sumatera.
Memang pulau Sumatera ni agak luas, lebihkurang dua kali ganda Semenanjung Malaysia.
Mukabuminya cantik sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi.
Namun tahap kebersihannya masih rendah jika dibandingkan dengan Malaysia malahan
jauh sekali jika dibandingkan dengan New Zealand.

Saya berpandangan sawah yang luas terbentang di Padang dan Bukit Tinggi sangat cantik tak ubah seperti luas dan cantiknya ladang biri-biri dan lembu di Southland New Zealand. Cuaca Bukit Tinggi di sebelah malam juga nyaman dan seakan awal musim summer di Christchurh. Namun kebersihan masih tidak setanding. Semuanya kerana sikap manusia di sini. Tuhan telah menciptakan sesuatu yang cukup cantik tapi manusia selalu lupa.

Hari pertama di Padang Bkt Tinggi kami tiba jam lebihkurang dua petang. Flight ikut jadual namun pemeriksaan imigresen dan kastam di Padang agak perlahan. Pak supir dah menunggu kami. Perjalanan diteruskan ke Bukit Tinggi tapi kami singgah makan dulu di Lamun Ombak. Rumah makan Lamun Ombak agak menarik, lauk pauk memang banyak tapi pilih je apa yg nak makan jangan usik semua. Pada saya harga agak mahal jugalah, kami hanya ambik ayam kari, rendang daging dan telur puyuh, berdua saja , 75 ribu semuanya. Minuman mereka sediakan teh kosong.

lepas makan kami teruskan perjalanan dan melalui air terjun lembah anai, tak singgah pun sebab nak kejar masa lagipun tempat ni betul2 di tepi jalan yang sesak dan banyak pula kereta berhenti

antara rumah sepanjang ke Bkt Tinggi, menarikkan


laman rumah dihiasi dengan pokok bunga dan sayuran dalam pasu. gemuknya daun bawang

jalan dari Bkt Tinggi jam teruk sebab ada lori terbalik, jalan dua hala je



dah hampir sampai bandar Bkt Tinggi jumpa dulu Butik ni,, agak mahal juga harga nak kurang pun susah, tapi tempat yg akan dibawa para supir

Di Butik Putri Minang dan beberapa lagi butik saya tak beli apa pun sebab mood nak menyopping tak ada lagi. Letih pun ia sebab 3 malam sebelumnya sibuk berkursus dari pagi hingga ke malam. Kami terus ke hotel Kharisma dan sempat jamak solat.

suasana pagi depan Hotel Kharisma,  ramai berjogging dan berbasikal

ada atm maybank sebelah Hotel Kharisma, kat sana BII

bilik dalam hotel, bolehlah untuk berdua, semalam pak supir charge kami Rp370. waktu malam agak bising sebab depan main road tapi saya tak kisah sebab dah letih lena je terus, lagipun kemudahan tempat makan dekat. Sebelah hotel ni hotel Nikita, depannya Hotel Byman

Kat sini jam 7.30 waktu Malaysia baru maghrib, beza waktu cuma sejam je. Malam kami pilih nak stay kat hotel dan berjalan kaki ke sebelah hotel untuk makan bakso. Bakso mantep dengan daging tetel dan juga batagor sangat sedap dalam cuaca dingin Bukit Tinggi.

No comments: