Tuesday, February 18, 2014

Kemarau Feb 2014

Cuaca di utara sejak Januari lepas panas terik.
Dalam ramai orang kecoh cuaca sejuk di waktu pagi di Kelantan, Kedah dan Perlis. Saya tak pula rasa keadaan tu semua. Apa yg pasti keluar saja dari pejabat jam 5.30 petang panas masih membahang. Terik dan pedih kulit jadinya. Waktu pagi pun biasa biasa saja takde pun sejuk gedi.

Sekarang ni dengan langsung tak hujan. lagilah perit. Ramai yg demam termasuklah saya yg kena denggi ni. Masa kena denggi tekak perit pahit rasanya telan air liur pun. Memang tak nak minum air. Itu yang serah diri kat hospital minta di wadkan. Alasannya bolehlah pasang water drip. Seriau oooo denggi ni bila platlet jatuh apa lagi ubatnya melainkan air saline bergaram kat hospital tu. Bila badan dah keluar ruam merah kata doktor dah recover sebab air keluar dari pembuluh darah, patutnya lepas tu platlet akan naik. So dapatlah keluar wad tapi pesan Dr jangan lupa minum air kalau taknak kena masuk wad semula. Budak sebelah katil hari tu macam tu jadinya, keluar kena masuk balik...Tak naklah....nightmare sungguh masuk spital ni. Dengan orang lain yang sakit bermacam, bunyi pun macam-macam. Kata Dr hospital ni tempat tak elok penuh dengan kuman, hahaha...tau tak apa kan.

Lepas dah balik dari hospital demam pun dah tak ada, no more paracetamol. Nurse pesan jangan nak ambil lagi Panadol tu memang tak bagus. Saya pun memang selama nu jarang ambik panadol. Walaupun tak demam tapi badan lemah sungguh, penangan naymuk aedes punya gigitan lembik jadinya badan. Dengan perasaan ting tong macam org baru lepas putus cinta, hahahaha....down gila. Rasa macam dunia ni takde serinya.

Lepas 2 hari duduk di rumah terpaksa ke klinik kesihatan periksa darah balik. Alhamdulillah platlet naik mencanak lebih 200. Dr bagi lagi MC sebab hal lain pulak jadi, ceri beri lah pulak mungkin sebab cuaca terlalu panas dan banyak sangat ambik panadol sebelum tu. So esok kena pi kerja, Alhamdulillah dah sihat.....Moga tahun ini akan berakhir dengan kesihatan yang lebih baik dan kejayaan untuk diriku dan seisi keluarga. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t pelindung kami. Ameen.

No comments: