Friday, February 14, 2014

Denggi

Pengalaman pertama demam denggi.
Ya Allah, beratnya demam denggi ni rupanya.
Siangnya elok je pergi kerja pergi meeting, makan-makan sembang-sembang.
Balik rumah ok lagi.
Sebelum tidur je badan dah mula rasa letih, bila nak tidur menggigil kesejukan.
Pakai baju 3 lapis, selimut tebal 2 lapis tak hilang sejuk.
Esoknya sebelum subuh dah jaga, demam panas, makan ubat peluh. Lepas tu demam lagi
berulang dengan sejuk menggigil. Bila mandi pun sampai terketar-ketar teruk.
Akhirnya ke hospital juga sebab dah tak boleh tahan. Bila di hospital masalah banyaklah
yang timbul, nak ke bilik air nak kena bawa bekas water drip lagi, hmmmm ujian Allah
untuk diri ni. Redhalah......Sakit utk mengurangkan dosa-dosa sendiri.

Pertama kali di wadkan di hospital, serik dan Nauzubillah tak nak lagi masuk hospital.
Utk diri sendiri dan juga keluarga ku juga. Ameen.

No comments: