Tuesday, February 18, 2014

Danau Maninjau Bukit Tinggi

Hari kedua di Padang Bukit Tinggi kami ke Danau Maninjau. Awal-awal minta pak supir masukkan dalam list. Tujuan saya adalah kerana nak tengok view yg dikatakan sangat cantik selain nak ke rumah Buya Hamka.

Kami keluar dari hotel jam 8.30 pagi waktu local kiranya 9.30 waktu Msia. Terus ke Pasar Atas dulu buang dua jam cari kain dan cari CD, nak beli CD Shiela on 7. Kat Msia payah dah nak jumpa. Memang tepi pasar atas banyak sungguh CD dgn harga cuma 5000 saja. Murah. Cuma saya ni tak tau nak beli CD cerita Korea apa, so tak belilah. Kalau peminat cerita korea boronglah kat sini.

Dah habis membeli terus supir bawa ke Danau Maninjau mula tu nak ke Pandai Sikek dulu tapi jam lah pulak. Supir redah lalu jalan umah orang selit sana sini sebelum masuk laluan yg betul.
inilah laluan umah orang yang sempit tapi air longkang tu sangat menghairankan sebabnya air longkang depan umah mereka adalah air gunung yang sungguh laju. Macam air sungai Gombak selepas hujan lebat di KL. Kata supir sebab tu mereka bersawah sepanjang tahun, ada padi yg sedang kuning ada sawah orang lain baru nak menanam, suka suki atuk nenek dia oranglah kan sebab takdenya kemarau macam kita kat sini. MasyaAllah, tanah mereka ni nampak subur dengan air yang berterusan dari gunung.

baru tanam padi

geng ni dah membanting padi pulak, sebelah sebelah kampung je

ni tanam lagi

biasa punya view, sapa ke sana pasti ada snap rumah ni tapi kami tak dapat best view sebab berkabus atau berjerubu agaknya, tasik Maninjau tak nampak apa pun

masjid atau rumah mesti ada kolam ikan


Perjalanan ke Danau ni agak mencabar dgn 2 jam perjalanan dan jalan bengkang bengkok dgn laluan sempit. Kalau siapa tak tahan pening tak usahlah cari pasal. Letih jugaklah bila balik tapi dah sampai pun. Ada laluan dari Danau ni ke Padang. Mulanya supir plan nak bawa kami ke sini hari ketiga so terus balik ke Padang lalu danau ni tapi kami dah tukar plan so patah baliklah ke Bkt Tinggi lepas membeli buku-buku karya Buya Hamka di rumahnya. Sepanjang ke Danau ni tempat yg boleh singgah adalah gerai kerepek, supir akan stop sini tapi pada saya harga tak murah pun....lebih mahal drp harga kerepek di Msia cuma yang sedap kat sini ialah kerepek jadung pedas, sekali ingat kacang kuda pedas rupanya jagung. Beli buat ole-ole bolehlah.....

Kami balik terus makan di Rumah Makan simpanag raya sebelum supir bawa ke Rumah Satu Karya untuk tengok kain sulaman. Memang harga payahlah nak kurang di butik ni. Tetamu Jakarta pun ramai. Saya hanya beli kain batik halus, memang lembut dan ori batik. Kalau kat Langkawi tu semuanya dah tak ori malah ada dari siam pun. Rasa rugi pulak beli 3 helai je, sehelai baru RM11 macam tu. Balik bilik buka semua cap dan plastik dan ronyokkan macam dah pakai supaya tak kena denda kalau kastam tahan, hahahaha......

Balik kami singgah makan kuih neraka, bolehlah, beli sikit je nak rasa, anak bertuah bising sebab tak beli utk supir tapi masalahnya supir tu selalu offer tak nak. Yg sebenarnya kat mana-mana rumah makan pun mereka dah dapat komisyen atau harga yg kita bayar dah ada sikit mencarum ke mereka, hihi...baru tau ka? Biarlah kan asalkan mereka bawa kita ke sana ke mari dengan selamat dan jujur dan itu rezeki/ bahagian mereka.
kuih bika ni yg putih dibuat dari kelapa, gula kalau yg coklat tu pakai pisang. Sedap biasa biasa je dan agak manis. Saya lebih suka kuih dangai kalau kat Msia ni. Lebih sedap. Api yg mereka guna tu kalau bakar ikan syioknya membara sungguh dgn kayu atas bawah. Mau sekejap dah masak. Bakar baulu pun best, hahaha

No comments: