Wednesday, December 25, 2013

Bukit Malut Seafood Langkawi


Bila berjalan mesti target nak makan best atau nak cuba makanan di tempat orang. Makanan di Langkawi pun ada yg murah ada yang harga lebihkurang Klang Valley. Kalau kuih masih boleh dapat RM1.00 utk 3 keping tapi saiznya dah kecik. Rasa tetap sedap very kampung one. Gerai kuih makcik ni depan kedai2 di Padang Matsirat, lepas roundabout dekat airport jalan terus menghala ke arah cable car/ Teluk Burau.

Hari pertama kami singgah lunch di tempat biasa lepas roundabout padang mat sirat menuju ke Teluk Burau. Ada kedai belah kanan jalan, sebelum sampai sekolah. ada ikan bakar bagai, bolehlah dan harga pun ok. Ada banyak ulam. Dah habis makan terus ke hotel untuk check in.

favourite anak bujang, buffet kat Dayang Cafe, Berjaya

Malamnya kami BBQ je di hotel, mula plan nak keluar tapi dah brisk walk bagai, dah malam baru habis exercise, malas nak keluar. Jauh lagipun Kuah dgn Teluk Burau ni dlm 20km macam tu. BBQ buffet ni utk birthday boy so biar dia pilih, kami ambik ala carte. Kang semua buffet jenuh nak hadam, harga pun tak bleh blah RM88 perhead. Malam buta makan banyak2 buatpe kan.

pizza ala carte, sedap sebab banyak isi, kalau Pizza Hut saya tak berkenan dgn isinya yg ciput

2nd Day  lunch kuih muih tepi jalan je dengan dua ketul kecik ayam goreng pasar malam Padang Matsirat. Lambat juga lunch sebab pagi kami brisk walk lagi. Habis lunch gitu2 je kami merayau beli coklat. Now minat pulak dengan coklat Pepero dari Korea, sedap tapi tak kenyang, huhu....1 kotak besar RM17.90. Sekali hadap. Dah habis shopping coklat kami terus ke Chenang nak singgah  dinner kat Restoran Hj Jellani, tomyam kat sini best, ikan tiga rasa agak masin, mahal jugak 100gram RM6.00 utk siakap, seekor RM42.00.

siakap tiga rasa, agak masin dan teramat banyak bawang putih, dah macam kacang tumbuk pulak.

tomyam memang sedap

Minta telur bistik dibaginya telur bungkus, kami tak nak sebab kami tak order telur bungkus tapi dibagi juga. Bila turn anak nak ambil telur tu ada satu plastic kecik macam nut dalam telur, dia ingat bawang, syukur tak tertelan. Kami pulangkan, memang kami patut reject bila kali kedua dibawa ke meja. Masam mencuka muka makcik siam kat kaunter tu masa kami nak bayar.

kedai kampung, sedap juga mee celup dan kuih muih kat sini termasuk goreng pisang, kedai ni dekat dah dgn simpang nak masuk ke Teluk Datai, taman buaya bagai.

Hari ketiga makan ntah apa-apa lunch kat simpang untuk ke Teluk Datai, makan mee celup dan nasi paprik, kuih muih dalam RM 6.00.

Malam baru ke Restoran Nelayan Bukit Malut, memang harga berpatutan, RM69.00 je semuanya. Sotong goreng tepung terbaik, puashati RM17.00 bagi 700 gram. Makan puas-puas anakku, suka sangat sotong tepung. Restoran ni kalau dari Kuah jumpa je trafik light depan Hospital belok kiri, kemudian ada lorong kiri lagi, masuk situ, tak jauh pun dari trafik light.


murah ketamnya, seekor baru RM 12.00 kot siap sekali masaknya. Sedap, ketam sambal telur at Restoran Nelayan Bukit Malut

jenahak pun murah drp Restoran semalam,  baru RM37.00, kalau siakap lagilah murah drp ni.


Puashati RM 17.00 utk 700 gram, kalau kat kedai makan lain RM10, boleh bilang berapa ketul. Ini pilih sotong basah dan bagitau je nak masak apa.

Most of the peniaga makan kat Langkawi ni orang siam agaknya, ada tak dikisahkan depa ni legal ke tidak? hihi...Hari keempat lunch jam 2.00 lebih juga di restoran sama dekat round about Padang Mat Sirat. Ok je, ikan bakar nasi dan ulaman baru RM10. Lepas tu terus menuju ke jeti Kuah untuk balik.












No comments: