Tuesday, December 24, 2013

Langkawi Hujung Tahun 2013

Langkawi lagi?
Hmm nak buat macam mana, itu je hotel milik Berjaya yang paling best setakat ni.

Sebenarnya nak booking Berjaya Langkawi ni kena setahun awal, memang susah.
Nak cerita lebih lebih dah menyampah sangat dah. Berbeza dengan janji manis sebelum mereka
buat promotion dulu. Jadinya sekarang ni pilihan terhad sangat, kalau dulu best je ke Redang, Kuching
atau Sabah now banyak hotel yang mereka manage dah serah pada company lain. Itu yang diceritakan mereka lah.....boleh buat gaduh selalunya, gaduh sebab kami rasa macam tertipu. Now, pada pandangan saya Redang paling teruk, yg depan pantai tu dah tukar nama Taaras kot, bukan lagi under Berjaya Management, jadi kalau nak ke Redang dapat chalet ceruk-ceruk je lah, tak ada pantai pun.

Suka atau tak, akhirnya pilih lagi Berjaya Langkawi, kalau tak pilih nanti hangus terbakar saja entitlement yang dapat beberapa hari setahun tu. Tahun ni kami pilih 2 bilik, end up satu bilik je guna sebab biasalah my family, tak macam family org lain yang merungut anak-anak tak bawa berjalan. Kami pulak sebaliknya....Sabar je lah, itulah kehidupan, ada org anaknya ambil berat tapi mak bapanya jenis buat derk. Ada org mak bapa sangat prihatin tapi anak-anak jenis menonong je ke hulu ke hilir dengan kengkawan. Rasa malas nak fikir pun ada, so next time biar kami anak beranak je pi, yang lain sendiri pandai-pandailah. Jangan fikir kami tak ingat adik beradik pula.... So terbakar hangus satu bilik kosong tanpa tetamu, rugi kata staff hotel. Mau tak rugi, satu malam pun sewa RM 450 sebilik. Walaupun tak payah bayar apa-apa lagi, rasa ralat juga. Offer kengkawan semuanya ada hal kendurilah, sedara meninggallah. Hmmm memang tak ada rezeki nak bagi kawan-kawan duduk.
Sampai tengahari pun boleh berjalan sebab redup di bawah lindungan pokok hutan. Mengah naik turun bukit

Berjaya Langkawi ni best utk kami berjalan lihat kawasan sehingga berpeluh lencun. Dalam 2 jam setengah lah bakar kalori. Habis berjalan naik turun bukit kami masuk gym pulak. Tapi setakat 3 malam, berat tak turun pun sebabnya melantak pun sama naik.

Adeii, berat payah nak turun bila naik balik
Budak ni kalau bab bersenam memang gigih, siap suruh kita shoot pulak. Kebetulan air surut bolehlah jalan atas batu
Swimming pool tak sentuh pun


No comments: