Wednesday, December 25, 2013

Langkawi-Feri atau Kapal Udara

Kapal udara, hmmm Air Asia lah senang cakap.

Memang naik flight adalah pilihan utama saya, teratur, tak serabut walaupun LCCT selalu sesak tapi much much better than Jeti Kuah. Mana nak fikir tempat parking lagi. Memang ada tempat parking tapi selamatkah? Air pernah naik kat Kuala Kedah ni. End up dgn letak kereta dalam Dewan Nelayan tapi tu pun kira untung kami keluar dari Sg Petani cepat, elok sampai je hanya satu je lagi kereta dapat masuk selepas kami. Dewan ni kecik yang amat. Dah habis bab parking, sampai je jeti penuh umat manusia, cuti sekolah wehhh. Ramai dengan anak pinak orang tua semua. Sampai jam 10.00 pagi, jam 12.00 baru ada feri. Haishhh. Tunggu lagi. Last kami pi kedai mamak breakfast. Kedai makan pun susah nak jumpa, sekeliling kotor. Masa ni timbul rasa tak faham, mana duit untuk pembangunan Kuala Kedah ni. Ramai pelancong masuk Kuala Kedah ni. Kesian...toilet tak usah cakaplah standard public toilet kat Malaysia.

Bila nak balik kami ke kaunter tiket sehari awal, memang itu yg patutnya sebab esok tu jalan jem nak masuk jeti. Tambang dewasa RM23 sehala.

No comments: