Monday, November 25, 2013

Penang Bridge International Marathon 2013

Anakanda ku sungguh minat bab marathon ni sejak aktif olahraga di sekolah sebelum ni. Kena daftar untuk PBIM ni, last minit daftar kena bayar lebih, RM65 untuk Fun Run 10 km. Masa tu dah kena tukar tempat kerja kat Penang dah pun. Busy sampai terlambat daftar, anakanda tak sudah sudah remind maknya.

Bila tiba masanya, lepas collect baju on 10 November, baru gigih nak booking hotel, satu bilik pun tak ada, hambikkkk. Eastin Hotel depan tempat mula marathon memanglah habis langsung biliknya. Nak dijadikan cerita, kami pun decide nak bertolak seawal jam 4 pagi dari Sg Petani. Kononnya sempatlah nak naik feri bagai. Bridge dah tutup seawal jam 2 pagi. Sampai je jeti, que panjang, berapa biji je kereta lepas tol dlm satu satu masa. Sampai turn kami untuk naik feri dah jam 5.30 pagi. Mula lari jam 6.30. Ada setengah jam je lepas naik dari feri utk kami merempit ke Queensbay Mall. Kena pulak laluan ditutup, jalan divert entah ke mana, dah la jalan pun tak cekap lagi dalam pulau ni. Sesat barat. 

Anakanda dah tak menaruh harapan lagi tapi emaknya masih gigih, lastly sampai juga kat tempat berlepas. Itu pun nampak ramai orang turun kat jalan besar tu. Belasah je lah. Lepas je drop anak barulah pi cari stesen minyak tanya macam mana nak ke Queensbay Mall. Tak jauh dah pun cuma sebab gelap so semua jadi haru biru bila drive dalam kalut. Kereta tak usah cakaplah, sepanjang jalan penuh parking, mall penuh parking, memang ramai sungguh. Dahsyat......sambutannya.

Yg tak menahan tu bila nak guna toilet, mall punya toilet pun berkawal, tak buka. Eastin hotel usah cakaplah guard merata jaga nak elak hotel jadi mangsa kena serbu. Yang kelakarnya lepas je tamat acara semua, ramai serbu Nasi Kandar LIne Clear dengan berjalan pun dah tak betul macam baru kena sunat je, agaknya depa belasah ambik full marathon 50 km atau pun half. Perghh....10km pun makcik tak mampu nak!

Anakanda happy dalam sedih, happy sebab complete in between 1 and half hour so adalah medal. Sedih sebab mula after 10 minit yg lain berlepas. Tahun depan kena booking hotel, senang.....kalau Berjaya Georgetown pun ok jugaklah asalkan tak berebut naik feri lagi.

No comments: