Friday, November 8, 2013

Kuching lah Pulak

Lamanya tak update blog. Macam ada orang kisahkan. Tapi kalau niat dah buat blog untuk mudah nak mengingati balik perjalanan kehidupan ni, mestilah nak juga update kan, kurang kurang untuk diri sendiri.

 

Cepatnya masa berlalu. Sampaikan dah 2 kali pindah tempat kerja dah tahun ni. Sekejap je dah November. Teringat zaman sekolah rendah dulu, rasa masa sangat lambat berlalu dengan kehidupan di kampung yang kekurangan segala kemudahan. Kalau cuti sekolah sebulan, sebulan lah duduk kat rumah.Mana mak ayah nak bawa berjalan, susahkan org org kampung zaman tu. Sendiri fikirlah apa nak buat dalam sebulan.Syukurlah minat membaca tu mendalam jadi masa agak terisi. Permainan kampung pun macam macam.

 

Zaman sekarang ni asal cuti je mak bapa yang dah siap planning macam macam utk anak anak. Kadang tu mak bapa yg over, hihhi.

Cuti sekolah dah dekat, tapi anak dah habis sekolah, tak adalah nak fikir nak ke mana man. Lagipun sejak tukar kerja di Penang, asyik berjalan je tak henti. Jalan sebab kerja. Letih sangat dah. Dua minggu di pejabat, dua minggu lagi outstation. Kereta pun sekejap je dah cecah 5K km, tak sampai dua bulan dah m asuk servis lagi. Hmmm lepas ni plan nak naik flight je kalau kena outstaion tapi boringlah pulak dok bertunggu kat airport. Dung dang dung dang 4, 5 jam jugak masa terbuang untuk perjalanan. Apa nak buat, cari makan maaaa.....

seberang waterfront, kampung boyan ke kampung apa ntah namanya

Ni gambar terbaru ke Kuching sebab kerja juga. Haiiiishh leceh sebilik sorang kat hotel, tidur pun tidur ayam......seriau. Kuching ni seawal jam 5.00 pagi dah subuh jadi kalau bangun jam 6 tu kira dah subuh gajah. Boleh jugaklah berjalan keliling waterfront Kuching untuk keluarkan peluh since kelas start at 9.00. Dua hari sebelum berlepas, ingat tak boleh join ke Kuching sebab sakit belakang badan sampai tak boleh baring, kaki kiri pun sakit. Tak tau apa yg silap, mungkin kesan berjalan kat stadium di Penang dengan running shoes yang dah lama. Stadium tu pulak bila ada training bolasepak kami yg brisk walk ni kena beralih guna jalan bertar. Tu agaknya sebab sakit kaki dan belakang kot.

Pagi pagi sempat brsik walk buang sejam, lega dapat burnt kalori, gila makan kalau berkursus ni walaupun tak ambik nasi tapi lauknya tu banyak, kek lagi, bahaya

Kalau datang Kuching tak sah tak singgah kedai layer cake, kena naik bot bayar 50sen, sekejap je dah sampai, kedai ni kek sedap juga, nampak siap keluar oven kami tunggu yang tu je, nak balik baru beli. recommended. Kedai dayang salhah pun ok juga. ada satu kedai yg ni kat deretan kedai waterfront liza layer cake, ada yg kata sedap tapi saya kurang minat sebab terlalu moist, kek kalau terlalu moist bukan sebab minyak banyak ke? tester pun bau tengit dah. Lebih suka Mira Cake house ni. Beli 10 ketul (RM10 each) dapat 1 free.

Mira Cake house

last day nak balik/ friday baru ke pasar satok (dah pindah dah ke Kubah Ria) Nampak buah tarap ni. Driver cakap sedap so cubalah sebiji RM5, Rasa dua tiga ulas je, manis sangat, sedap lagi cempedak. Petang jumaat kira dah ada peniaga datang bawa barang tuaian dari kampung untuk dijual di pasar satok pada Sabtu dan ahad. Kira penuh parking area kereta pun tak boleh masuk. Pisanag separuh harga drp Shah Alam ni, Since luggage masih banyak tak dipakai saya pun belilah durian belanda yang murah, RM5 sekilo berbanding kat hentian rehat RM15.00 sekilo. Pucuk paku kalau kat shah alam ni boleh panggil daun paku kurang nampak pucuknya, kat pasar satok ni semuanya pucuk seikat baru RM1.00. Nak pergi sana planlah balik sabtu or ahad boleh borong.

Terubok ni jangan tak tawar harga. Harga depa letak seekor RM18.00 pun ada, last kami dapat turunkan jadi seekor RM5. Kata drive,r semua tu import punya terubok, payah dah nak jumpa local punya.

Alhamdulillah penat kerja luar dah hilang. Hari ni baru dapat kampoi balik lena sebab baru habis kerja auditing di pejabat KL. Lusa nak balik Penang pula, esok kenalah kampoi cleaning umah tumpangan ni. Home Sweet HOme.


No comments: