Thursday, April 18, 2013

Bandung

Bandung, kali pertama jejakkan kaki ke Indonesia.
Excited juga. Nak lihat negara jiran. Kami tiba di airport dah gelap, cuaca pula hujan. Ngeri masa nak landing sebab awan hitam tebal. Syukur selamat. Nak lepas imigresen pun lembap sebab 3 lane saja dibuka. 
Dalam hati risau juga sebab passport cukup hanya 6 bulan 5 hari saja sebelum luput tarikh.Keadaan di Bandung, jam 5:30 petang dah gelap. Bila teksi bawa kami meredah jalan jem dan melalui celah-celah kedai dengan jalan yang sempit, seram juga. Janganlah seoarang diri ke sana. Takut....

Tiba di Progo Hotel, kami check in. Dapat bilik ground floor. Dapat wifi sebab bilik dekat port wifi depan kafe/ kaunter. Tapi....hmm,, bilik air berbau hancing mungkin sebab hujan dan bau macam bau longkang keluar dari lubang bilik air. Esoknya kami minta tukar bilik lain, level sama juga, jauh dah langsung tak dapat wifi. Pun berbau....masalah betul.  Nasib baik malam je kat hotel tapi malamlah bau naik lagi kuat. Hishhhhh .....nasiblah kan budget hotel. Lain2 hal ok jer hotel ni. Breakfast pun ok. Cuma masalah toilet tu jer. 

Esoknya pagi2 terus ke pasar Gasibu, jalan je dari hotel. Baju blouse ke apa ke kena tawar. Ada tu tak nak kurang langsung sebab tahu kita orang luar. Kami menapak seawal jam 8, masih selesa nak berjalan. Masuk jam 9 dah sesak dengan kereta, angkotan lalu lalang. Dengan orangnya yang ramai.

Masa ni belum sesak lagi jalan, masuk jam 9 dah padat



Cepat2 kami belah, naik angkotan yang lalu situ terus ke Jalan Dago. Tiba di Jalan Dago sesatlah pulak, nasib baik driver angkotan tu ok jer tunjukkan kami kat mana nak turun. Jalan sesak dengan orang ramai sebab ada sosial day, masing-masing dengan basikal lah. Dahsyat juga orang Bandung ni bersosial sepanjang Jalan Dago yang penuh factory outlet. Yang saya notis, budak2 lelaki depa, ramainya yang merokok secara open, takde sembunyi2.
Nampak kedai Kartika Sari, Jalan Dago, kami pun masuklah, ramainya orang, sebab hari Ahad kot. Brownies yang diminta banyak dah habis, sedang dimasak. Tak kuasa nak menunggu. Before ke airport kami ke Amanda Brownies, Jalan Dago, hmmm biasa je rasanya, banyak minyak ada le. Next time pergi kami tak plan nak belli lagi.


Kami merayau Jalan Dago dari jam 9 lebih sampai ke petang, sampai kaki dah tak larat jalan, nak ke Bandung Indah Plaza cari makan. Jenuh mencari angkotan untuk ke sana. Kemudahan bus stop pun susah nak ada. Hisshh kesian orang Bandung dan tetamu macam kami. Malas nak ambil supir sebab nanti supir takde kerja bila kami dalam Factory Outlet. Lainlah kalau nak ke tempat jauh2 ke baru berbaloi. 
Akhirnya sampai juga di Bandung Indah Plaza, selepas naik angkotan. Di BIP kami melantak di Pizza Hut. Sedap walaupun pizza bukan kegemaranku. Selama 4 hari di sana, kami makan di Pizza Hut dua kali. Sebab sedap & suka.





Pizza Hut, Indonesia memang best, menu tak ada kat Malaysia






No comments: