Sunday, July 8, 2012

Anak-anak sekarang

Banyak benda nak tulis kalau pasal anak anak sekarang
Terutamanya anak yang masih bersekolah
Dengan dunia siber yang tak bersempadan
Macam mana nak kepung anak-anak

Baru-baru ni area rumah kami, ramai yang kehilangan kasut
First time kena, marah juga kan
Ingatkan security yang songlap
Asyik selipar/sandal lelaki je yang hilang
Kaki size 9 ,  10 so tak terfikir budak-budak mencuri

Lagi pun security yang sentiasa ada siang hari
Ditugaskan jaga dan merayau sana sini
Kalau ada penyamun kenapa tak tangkap
Rumah saya jarak tak sampai 50 meter dari post pengawal
Peliklah juga....

Minggu ni kena lagi
Haishhhh...geramnya
Selipar dalam kereta baru keluarkan dah kena songlap juga
Dah tak ada selipar lagi
Syukur jiran bagitau dia terserempak budak sekolah
Masa budak-budak tu keluar dari perkarangan rumah saya
Sambil carry selipar biru
Yang tak tahan tu bila kena tegur
Salah sorang budak cakap dia pungut kasut kawannya buang kat rumah saya
Jahat sungguh, menipulah pulak....

Mulalah makcik ni nak siasat ala ala CSI
Esoknya berturut turut saya balik sekejap jam 10 pagi
Pandai mereka hilangkan diri
Khabarnya mereka ambil teksi ke Plaza Alam Sentral
Hari kedua tu saya nampak mereka ambil teksi lagi
Dua tiga jam lepas tu saya  ke sekolah buat report
Lepas dapat nama-nama mereka
Sampai di sekolah rupanya orang Supermarket di Alam Sentral pun datang sekolah
Report yang budak budak yang saya cari mencuri pulak di The Store
Cantik lah sangat perangai budak-budak ni

Mak bapa mereka tahu ke anak-anak ke mana?
Inilah masalahnya
Budak dari area rumah saya sorang dua saja
Selebihnya budak luar
Yang tak balik rumah lepas ko kurikulum
Alasan????
Kalau balik rumah leceh nak datang balik untuk sekolah petang
Mak bapa pun lepas tangan?
Boleh macam tu, janji senang hidupkan
Anak-anak merayau mencuri

Kalau komplen di sekolah cikgu tak boleh buat apa
Sama juga kes sosial lain
Banyak di luar sekolah
So salah siapa?



No comments: