Tuesday, June 12, 2012

Persahabatan


“Persahabatan umpama buku. Membakarnya hanya memerlukan beberapa saat. Menulisnya memerlukan masa yang panjang”

Jika tak silap, saya dapat kata-kata di atas dari blog Prof Kamil, Penulis Travelog Haji. memang ada kebenarannya. Kadang tu persahabatan nak dibina ambil masa yang lama seperti nak menulis buku. Daripada seorang kenalan jadi kawan kemudian jadi sahabat. Walaupun tak pernah tulis buku tapi pernah siapkan thesis, lebihkurang sama je kan; hmmm hari tu saya siapkan lebih daripada 3 tahun. Lamakan; sibuk bila dah bekerja dicampur perasaan malas melanda. 

Nak menghancurkan persahabatan kadang-kadang tu sekejap je. Bila dah hancur memang payah lah nak bersambung balik. Saya lebih suka dengan pendekatan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. 

Ada pulak si budak loyar buruk boleh tanya. "Kalau camtu boleh buat jahat berkali-kali lah ye, dah kata "jangan sekali".

Hmmm...maksudnya sekali tu adalah jangan sekali-kali pun.  

Sama juga nak menguruskan badan, dah bertahun tak kurus-kurus, kalau turun berat 5 kilo ambik masa 5 bulan, nak naik 10 kilo sebulan pun boleh. Haishhh.....


Kata Yong Halima; Moh Kembara, orang turki gebu sebab dok dalam rumah je takde buat apa-apa bila musim sejuk. Kita ni kat Msia cuaca suam memanjang, tapi gebu juga.  Semalam dah keluar dalam newspaper The Star, Civil Servant kena pantau kalori makanan yang diambil. Termasuklah saya tu.

5 comments:

Leyla Shuri said...

salam zany,

semoga terus hidup tenang hendak-Nya.

zany said...

waalaikumsalam kak lela

thanks

zany said...
This comment has been removed by the author.
Nida said...

Salam

kadangkala bila disambung pun tak sama seperti dulu... tak rapat seperti sebelumnya (melalui pengalaman sendiri)

zany said...

nida,
memang pun bila dah bersambung tak sama lagi perasaannya.