Tuesday, June 26, 2012

Mash Potato & Gravy

Kononnya berdiet sakanlah sangat
Pantang teringat
Mesti laju jer buka api
Letak kuali


Musim Euro lagilah
Ligat makan sampai jam 5 pagi
Bersahur agaknya, hehehe
Anak bujang siap masuk supermarket
Pilih jajan, chickedies, twisties bagai
Untuk ngap masa nonton bola katanya
Jangan mama habiskan...
Camne tak tembun maknya


Ni homemade mash potato dan burger
Mash potato tu senang je kan
crab meat mushroom, siap tumbuh atas potato lagi : ))


Mash Potato

Kentang US masak sampai empuk, 
buang air, lenyek, campur butter sikit dan susu cair sikit. Nak rasa masin taruklah garam.
Kentang sederhana besar yang biasa jual kat pasar tu sedap buat gulai je, 
kalau nak buat mash potato keras sikit dan tak halus bila dilenyek.


Gravy pun simple je. 


Didihkan dada ayam yang dah potong nipis (ikut banyak mana kuah nak)
Masukkan 1/2 cube chicken stok. 
1 sudu besar BBQ sauce
1 sudu besar kicap manis 
2 sudu besar lada hitam yang ditumbuk (kami suka pedas)
Cendawan fresh yang dipotong nipis
Garam ikut rasa
1 sudu tepung jagung


Saya tak suka tumis so semua main rebus je.
Rasanya boleh tambah apa je nak ikut taste, ada resepi yg guna sos tiram.
sebab tak ada kami pakai BBQ sos, ok jer rasa, jangan boh belacan sudah.
Nanti lain pulak jadinya.









2 comments:

Nida said...

Mak uih.. ni dah boleh buka restoran..:)

p/s: maaf lama tak menjengah.. tengah sibuk mempacking barang :)

zany said...

nida,
ada rezeki pencen nanti buka restoran. mudah-mudahan sihat lagi masa tu.