Monday, June 18, 2012

Masalah Duniawi Lagi

Dalam hidup ni kan, setiap orang pasti ada masalah.
Itu yang saya selalu khabarkan ke anak bujang
supaya dia tak rasa dia rugi,
atau kekurangan berbanding kawan -kawan lain
kadang tu budak-budak ni cepat give-up
atau dengan kata lain mereka mungkin bayangkan hidup ni mesti indah dan menyeronokkan setiap masa
(memanglah kita as parents nak anak-anak sentiasa seronok kan)

Kalau kita nampak orang lain rumah besar kereta gabak berjenama hebat
jangan ingat mereka takde masalah
kalau takde masalah duit
ada masalah lain
itu dah memang banyak berlaku depan mata ni

saya pun ada masalah baru ni, huhu
masalah sakit
sakit dikatakan sebagai penghapus dosa-dosa
memanglah diri ni kalau takde dosa bukan manusia lah kan
nampaknya sakit ni datang semakin kerap
dah sebulan sekali lah pulak

Gigi geraham bongsu dah tak boleh keluar
Dr kata tak sampai 1/4 pun keluar
Nak cabut biasa tak bolehlah
Dr nak buat minor operation
Lari balik, hehehe
Harganya pun kurrr semangat
boleh beli cincin belah rotan sebentuk
Akibatnya sakitlah gusi
Sampai tak boleh nak nganga mulut
Makan pun kenalah tolak pakai sudu

 Kalau boleh tak nak jumpa dentist
Ngeriiiiii.....
(dah tua-tua macam ni nak tumbuh gigi lagi?)

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam,
Sakit gigi? Kekadang dah berumur pun ada lagi gigi yg belum keluar, nak keluar. Akak suka jumpa dentist, kena cabut ka, cuci ka, apa ka...tak takut, tak tau kenapa!

zany said...

yong halima
jarang orang suka gi dentist, ngeri.
setakat ni tak pernah kena cabut gigi. ini nak buat minor operation pulak, huhu...