Monday, April 23, 2012

Masalah Duniawi

Maki hamun sumpah seranah ni bukanlah satu perbuatan yang baik
tapi kalau tak maki hamun rasa macam terbuku dalam diri
silap haribulan sakit badan
sebab simpan
makan dalam......

semalam saya hantar mak kat bus stand
mak stay di rumah lebihkurang seminggu
saya nak hantar dia balik kampung
dia tak bagi sebab anak bujang ada seminar spm pulak semalam
saya pun baru balik kursus
penat katanya

pada saya ok je
lagi pun dah lama tak jumpa ayah
ayah jangan haraplah nak datang sini
nak nak  7 hari
mau macam cacing kepanasan ayah nanti
dia mana boleh duduk saja saja
orang kampung yang biasa bekerja

oleh kerana mak kata tak payah hantar dia
saya pun carilah tiket bas
semua bas penuh kecuali ahad pagi
maka hantarlah emak naik bus
sebab beg berat saya pun stop kereta depan kaunter tiket
dah situ je kosong
lain tempat semua penuh
tak taulah macam mana vboleh sesak pulak
1st time hantar mak balik pagi ahad

baru 10 minit tinggal kereta
bila mak dah selamat naik bus, bus bergerak
saya pun bergeraklah ke kereta
ada saman lah pulak
#$%^&*@ JPJ
masa ni nak tunjuk rajin depan ramai orang
tempat tu pun langsung tak ada notis jangan parking kereta bagai
lagipun buka saya parking kat tempat bus pun walaupun situ ada kosong
Blocking laluan bus atau kereta lain pun tidak

hari ni ke tempat sama
bersembang saja budak2 JPJ tu bawah khemah
kereta parking merata tak pulak kena saman
disebabkan malas nak simpan saman lama takut nanti lupa
menapaklah ke JPJ pagi ni
saya nak kata satu je
celakalah kamu yang buat kerja tak betul
kalau ada notis tak boleh parking bagai
oklah kau nak saman
atau pun paling kurang saya parking 1/2 jam
siap minum minum kat stesen tu ke
saya boleh halalkan RM100 tu
Ini tak sampai 10 minit
hari ni kenapa pulak tak saman kereta lain tadi tu?
Buat kerja suka suki suka hati je

Lepas ni nekad nak tengok apa tindakan JPJ
keatas teksi dan kereta mewah yang block laluan kami ke pejabat setiap pagi
Ada berani nak saman?
Tunggu aduanku berkajang kajang
Dah lama hati ni tergerak dan tertanya
Tak pernah/boleh ke JPJ ambil tindakan
sebab kesesakan di situ dah melampau
so kita tunggu dan lihat
kalau betullah telus sangat mereka ni.

No comments: