Sunday, December 25, 2011

Earthquake Christchurch

Gempa bumi lagi. Sebelum ke New Zealand perasaan bimbang tu sentiasa ada. Ada yang menasihatkan jangan bermalam di sana; Christchurch. Sampai saja terus bergerak ke tempat lain. Tapi kami tak ada pilihan sebab kami tak menyewa kereta. Nak tak nak kena ambil public transport keesokannya. Masa balik dari Queenstown pun sama walaupun kami dah sewa kereta. Flight ke KL petang esoknya. Kami bermalam di Christchurch. Sempat ke Akaroa lagi. Tempat ni sangat hampir dengan Lyttelton yang hampir dengan pusat gempa. Syukur bila dah sampai balik Msia, maknanya kami tak perlu tempuh keadaan cemas.









Hari terakhir di Christchurch kami merayau jalan kaki dan lihatlah kesan gempa Februari 2011 yang belum pulih dan kini December 2011 berlaku lagi. Namun ada lagi rumah-rumah yang terselamat seperti dalam gambar di bawah. Sayang tempat secantik New Zealand asyik gempa saja. Apasal tempat saya nak pergi gempa saja. Dulu nak pergi Bukit Tinggi Sumatera, lepas tu  gempa bumi juga.


2 comments:

Nida said...

Sedih juga bila mengenangkan kecantikan Chch yang banyak telah lenyap.. namun ALlah Maha Mengetahui segala-galanya.

Pada Februari ketika gempa bumi yg paling banyak meragut nyawa manusia, kami sekeluarga ada di situ... sempat merasa after shock yg dahsyat. Bulan Jun sekali lagi Chch dilanda gempa, dan mak Nida ada di situ....

Kami sememangnya trauma utk ke Chch lagi....:(

Kisah kami ada di sini..

http://ucualong.com/2011/12/24/sekali-lagi-gempa-bumi-melanda-new-zealand/

zany said...

nida, saya ada baca blog nida melalui blog june. itulah, tempat cantik kerap pula gempa. semua ni kkuasa yang Maha Esa.