Sunday, December 11, 2011

Durian Lagi

Musim durian datang lagi. Hati pun banyak susah. Susah sebab pantang. Pantang jumpa!

;

Semalam pergi kenduri di Trolak. Nampak durian di Shah Alam pun buat derkk je lah sebab plan nak cari durian fresh di Perak. Keluar dari rumah kenduri di simpang jalan besar dah nampak orang punggah durian keluar dari kereta. Mak eiii, mahalnya. Sebiji RM5, kalau di Shah Alam boleh dapat 3 biji RM10. Dah pegang dah belek ambil jugaklah 3 biji.

;

Tak puashati. Saja je lajak sikit sampai Sungkai. Lagi pun jakun jugak, Sungkai pun tak pernah jijak. Sampai satu simpang ada lagi orang jual durian. Pertama kali dalam hidup ni jumpa orang India jual durian. Mereka ni pemborongkah atau memang ada dusun, tak tahulah. Ingat nak tanya tapi berat mulutlah pulak. Selalu penjual durian Melayu atau Cina je kan. Jumpa durian memilihlah lagi. My favourite durian kecik comel. Di sini cantik juga dan sebiji RM2. Tempat pertama tadi tu yang comel ni sampai RM3. Jadi belilah RM10.



Serius puas hati dengan durian comel ni. Semuanya sedap. Dalam lima biji dapat sebiji isi kuning. Perghhh....

;

Yang sebiji RM5 tu biasa sungguh. Kata penjual gred baik-baik. Ermmm.....ye lah tu. Syukur dah bagi sebiji kepada jiran, tak tahulah isi dia dapat sedap ke tidak. Jenuh nak menghabiskan buah yang besar tu. Dahlah yang lain tak suka durian. Jadi penuhlah peti sejuk dengan durian. Dah kopek masukkan dalam bekas dan letak plastik lagi kat mulut bekas supaya bau tak tembus keluar. So far so good. Durian sejuk memang sedap, nak-nak bila balik dari kerja makan durian sejuk ni. Tapi risau juga memikirkan seminggu ni makan durian je. Badan pun jadi sengal-sengal.

3 comments:

Nida said...

Nak menangis rasanya tengok gambar durian tu... sini yanga da frozen.. tu pun terlalu mahal.

zany said...

tahun depan musim durian pasti datang lagi, balik sini boleh makan puas-puas. InsyaAllah.

zany said...
This comment has been removed by the author.