Monday, November 21, 2011

Wang Bukan Jadi Ukuran



Wang bukanlah menjadi ukuran bila hati dah teringin. Lagi pun jarang-jarang sekali berjalan jauh dan kenapa saya suka pilih negara-negara tertentu saja?

-saya jarang berjalan jauh, 5 tahun sekali rasanya
-saya tak nak tempat yg bersesak, berhimpit, berserabut
-di Malaysia tak larat dah bershopping jadi saya tak perlukan negara luar utk bershopping (macamlah kaki shopping sangatkan)
-saya nak berjalan sambil minda relax
-saya nak anak saya melihat negara orang yang ada peraturan yang elok diikuti
-saya nak lihat negara yang bukan lebihkurang negara saya


**Semasa makan angin tak fikir langsung pasal kerja yang ada di sini, mungkin sebab sebelum pergi dah serah kerja yang sepatutnya tapi yang pasti jadual semasa makan angin penuh dan relax (walaupun berat juga beg diheret). Bila balik berjalan rasa puas hati walaupun duit habis barang tak ada apa sangat pun. Pengalaman yang saya dapat lebih berharga sebenarnya**

No comments: