Sunday, November 27, 2011

Bila Teringin Sangat

Masa kat Queenstown sedang menunggu bus ke Milford Sound, dalam kesejukan yang amat, bayangkanlah jam 6.30 kami dah tercegat depan i site Qtown. Dalam kesejukan tu sempat tegur menegur satu minah Jepun yang nak ke Te Anau. Katanya ambil Nakedbus juga tapi tiba-tiba ada bas lain datang jemput dia, tinggal kami yang tak ketahuan ni. Rupanya bus dah ubah jadual ke 7.20 pagi. Macam mana nak tau, 5 hb baru Nakedbus email, masa tu tengah dok ting tong lagi mencari sim card phone dan baru sampai Christchurch, tak kuasa nak membuka email. Internet mahal kat Kiwiland ni. 30 Minit $2.50. 

 


















Minah Jepun tu kata dia pernah datang KL dan suka makan laksa. Aisehman.

 


















Sejuk-sejuk cakap pasal laksalah pulak. Jam-jam tu kami teringin nak makan laksa. Balik je, first masakan yang i buat tentulah laksa. Punyalah excited sampai terlupa letak bawang. Laju je makan.


Sibuk dengan spring kat tempat orang rupanya seminggu lebih tinggal dah keluar macam-macam bunga di rumah sendiri.

Menyambut kepulangan kami dengan warna-warna cantik.


Cempaka yang wangi pun berbunga lebat.














No comments: