Friday, October 14, 2011

Sharing

Blog ni macam satu buku catatan untuk saya. Mudah bila mencari sesuatu, sama ada dengan blog ini atau blog orang lain. Kalau simpan data dalam fail jenuh mencari di kemudian hari

Waktu-Waktu Mustajab untuk Berdoa
 dipetik dari Facebook tulisan :Ustaz Zahazan Mohamed
 

1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir    dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

1 comment:

Neeza Shahril said...

thanks kak for sharing..