Friday, October 14, 2011

Bukan Kaum Ibu Je Suka

Benda alah ni bukan kaum ibu je suka. Masa turun Penang last 2 months, dalam kesibukan ber conference, sempat lagi kami pecut ke Chowrasta Road. Kaum bapa yang jauh datang dari Borneo yang banyak memborong. Berkilo-kilo. Gamaknya kat sana takde jeruk ni semua. hehehe...




Saja nak kongsi, Chowrasta Road ni dekat dengan Line Clear Nasi Kandaq. Tapi saya tak pernah pekena nasi kandaq tang tu, dengaq kata sesak dan agak tak bersih tempatnya. Wallahualam.

Jeruk orang Melayu jual pun ada. Agaknya depa juga kot yang buat. Nampak kat situ juga depa dok mengupas kulit kedondong. Harga tung tang tung tang baru RM10 sekilo, average lah tu. Kalau kat sini 100 gram 2.00 paling murah, kalau sekilo dah berapa? Cer kira. Alang-alang kalau dah ke sana, boronglah.... balik boleh buat acar buah.

No comments: