Tuesday, September 13, 2011

Waktu Berharga

Saya suka merakamkan gambar anak, termasuk anak-anak jiran. Bukan apa, masa sangat cepat berlalu. Kalau dulu mereka dalam gambar kecil comel, bila lama-lama sekali melihat gambar tu semula. Pasti akan berkata "cepatnya masa berlalu, Ya Allah, dah besar anak-anak ni". Mereka sangat berharga.

Saya paling suka buat open house untuk anak-anak. Memang teramat suka. Saya masak apa pun mereka makan dengan senang hati. Goreng karipap sepinggan, sekelip mata, gone! Letak laksa sedulang, sekelip mata, gone! Mereka akan bergurau senda tanpa menyentuh hal atau cerita tentang orang lain. Mereka happy. Tiap tahun saya tidak pernah menolak permintaan anak nak meraikan kawan-kawannya nak beraya ke rumah. Sampai saya siap cakap, kalau nak meraikan kawan jangan jemput semua serentak, kena by batch. Takut tak terlarat saya nak masak dan makanan tak cukup disediakan. So next week ada lagi yang nak datang.

antara yang hadir, hensem-hensem semua. moga jadi orang-orang beriman berjaya dunia akhirat

Tapi untuk rakan sepejabat saya tak pernah buat open house walaupun pejabat depan kawasan rumah je. Entah, takde feeling nak buat. Ada yang dah sebut nak datang beraya, saya tak akan hampakan untuk mereka. Tapi hanya kepada yang bagi tahu nak datanglah hehehe.


No comments: