Saturday, August 27, 2011

Aidilfitri 2011

Hujung ramadhan ni anak bujang kena food poisoning pulak. Bila balik kampung semua benda nak makan. Itulah rupanya. Segala makanan bersantan, bercili dan seafood lokan bercampur sekali. Kesian dia, kalau dah sampai muntah mestilah nak kena makan ubat. Bahaya keracunan makanan ni. Lepas ni kenalah berganti puasa,kesian dia,risau sungguh nak tinggal puasa. Tak apa bukan sengaja.

Di kampung hari hari hujan,lama pulak tu. Kalau kecik kecik dulu,mau menangis raya hujan semalaman. Macam mana nak kutip duit rayakan.Hari ni kami bermalam di penang sebab last minit shopping raya. Lagi pun gurney plaza ni bila sales best juga, banyak diskaun dan more choices.


Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada sesiapa yg singgah blog ni.
Actually berblogging ni dah sunyi sepi, blog lama pun dah tutup,kawan kawan pun dah tak aktif. Blog ni saja dibuka baru untuk nak coretkan sesuatu bila terlintas di hati dan fikiran selain nak link blog yg saya rajin layan.


Leceh ahh update guna phone ni.

No comments: