Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Sekejap sungguh masa berlalu.
Dah setahun selepas Ramadhan 2010.
Kini Ramadhan datang lagi.

Ya Allah, hari ni punyalah ramai di sana sini
Biasa ke pasar tani  jam 12 tghari masih ada ikan bagai
Hari ni belum jam 12.00 peniaga dah habis mengemas


Kami ke Alam Sentral sebab laptop  kena virus
Ya Allah, ramainya manusia
Sibuk membeli belah pakaian baru
Puasa pun belum


Sementara tunggu laptop siap
Terus kami tuju ke Kompleks PKNS
Berhimpit dengan ramai orang
Iskkk....bersemangat betul nak raya

Ya Allah, berikanlah keberkatan untuk Ramadhan kali ini
Kurangkanlah makan minum dan pertingkatlah amal ibadat
Peringatan untuk diri sendiri dan keluargaku.



No comments: