Thursday, May 18, 2017

ALLIANZ ARENA MUNICH

Target nak juga tengok lampu stadium menyala. Saya email pihak tourism Munich, tanya adakah tanpa perlawanan bola lampu dipasang?. Lambat juga nak dapat balasan email. YES! Lampu tiap hari menyala. Musim spring gelap lambat dekat 8.30pm so kami bajet pukul berapa perlu sampai. Cuak juga mulanya sebab jam 12.00 tgh malam train nak gerak ke Zurich dah tu 7.30 masih merayau di Munich City, tersasar dah waktu. Kalut ambik train ke Frottmanning, ada sign gambar bola so di situlah stop. Jalan kaki 15 minit juga baru nak sampai stadium. 

Masa tengah jalan tu nampak lampu mula menyala slowly, wahhhhh....sukanya. Bukan kami je yg datang ada satu couple dont know korean or japanese pun saing kami. Dekat stadium pun ada juga few people. Bila kami balik ramai pulak datang. Apa pun tempat ni sunyi bila takde lawan bola. So jangan pergi sorang, rumah pun takde apa pun takde situ. Lampu dipasang beberapa jam saja, bukan sepanjang malam.


Cahaya pink malam tu, kena pulak mega merah di langit. Masya Allah cantik di situ. ada sorang je local people sedang jogging masa tu

Marientplatz sana sini ramai je manusia, shopping tak payah lah semua mahal, kat Malaysia pun ada brg ni semua


Apa maknanya kalau sampai Munich tak ke stadium Allianz Arena dan ke BMW showroom kan.  Semua tempat ramai orang. BMW ni tak jauh dari city. Selain tu kami ke Marientplatz saja, dengan daily tiket just cover city. Tak beli pun untuk area Bravaria ke apa sebab rasa tak sempat nak ke Fussen bagai, rugi  je kalau beli tiket berpuluh Euro kalau masa sangat terhad. Tiket cover city tu dalam berapa belas Euro untuk family maksimum empat orang. Kalau berdua atau bertiga ok je pakai tiket tu. 

BMW Weltz


Tram macam Amsterdam juga bersepah


Ni je makan selain pizza magharita di stesen train Munich. Boleh lah, muak tepung makan juga lapar. Sedap lagi di Volendam, Holland

Kalau nak merasa cecah kaki ke Germany berbaloi ke Munich banyak tempat boleh pergi cuma  kami tak sempat sebab transit one night saja. Org germany baik baik dan lawa lawa. Yg lelaki handsome kemas yang perempuan pun lawa lawa. Admirer sungguh! Cuma basikal kat Germany tak sebanyak diguna di Amsterdam.

Malam kami ambik train ke Zurich. Stop sekali di Kaslruhe. Cuak jugak mulanya sehari sebelum tu sebab nak transfer train jam 3.30 pagi di tempat org. Takut stesen tu takde orang, kami tanya di kaunter minah saleh tu jawab endah tak endah dia kata dia pun tak tau. Adoi. Masa ada lagi sehari je ni kalau kalau nak tukar tiket train ke waktu lain. Kot la esoknya tu nak ke Zurich petang ke apa.


Last masa nak beli daily tiket kami tanya satu mat saleh ni kat kaunter. Konfiden jawab yg stesen tu besar dan banyak train stop and should be okay and safe. Lega. Proceed. Sampai di stesen tu biasa la ada org mabuk ke apa sekoq tapi ramai lagi org menunggu train. Mmasa nak ke tandas pun kena berteman sebab tandas depa entrance lelaki perempuan sama. Kebetulan masa tu ada mamat muka macam Vietnam ramai, depa pekerja di sana atau tourist juga tatau. Berkumpul tungggu apa tah kat tandas.

Rupanya di sepanjang jalan bila train stop ada je orang naik turun. Hmm....ok la. Kami sampai Basel dulu dah nampak bekas hujan pagi tu. Camne ni. Swiss bila hujan spoil habis plan nak tengok view cantik gunung ganang. Sampai Basel kami turun dan tak sambung ke Zurich sebab nak save masa. Kami beli Swiss pass terus ke Luzern. Konon nak kejar ke Zermat. Hahaha kartun betul. Rezeki takde bila hujan. Nanti lah sambung.






Tuesday, May 16, 2017

KEUKENHOF AMSTERDAM

1 May 2017

Tak sangka tahun 2017 sampai ke Amsterdam. Ingatkan tak nak ke mana sebab banyak sangat komitmen. Rezeki tu Allah SWT yang beri, kesihatan dan belanja. Alhamdulillah.
Plan disusun bermula daripada Qatar Air email ada sales ke serata tempat. Saya grab tiket dalam keadaan blur, nak pilih berapa hari.Kita tak berangan pun nak ke Europe.....tak suka lama dalam flight.

Masa berkira kira nak beli tiket, biasa lah kalau flight pergi atau balik on Saturday harga lebih sikit so saya ambil flight berlepas malam Isnin iaitu Ahad. Harga betul betul harga sales. Godek juga harga multicity, turun Amsterdam balik London. Eh mahal lah pulak. Masa tu tak fikir perjalanan pergi balik ke London lagi. Bila dah siap beli tiket satu hal pulak nak usha tiket pergi balik London. Train tiket sales buka 3 bulan sebelum date perjalanan. Usha selalu tapi bila sampai masa terlepas juga harga buka yg paling murah. Tengok tengok harga dah tinggi utk waktu yang kita nak. Last decide ambik bus saja. nanti kita cerita pengalaman dalam bus. Ok lah...smooth journey dalam bus. Yg penting boleh tidur dan kesihatan baik baik saja.

First day sampai Amsterdam 1 May. Plan nak ke Keukenhof. Airport kaunter imigresen pulak 3 atau 4 je buka. Umatnya panjang beratur tapi syukur kat kaunter tu tak banyak cengkadak cuma geram sikit mak security yg jaga que, kita dah lama beratur tiba2 dia bbuka line utk org belakang. Ini masa balik pun jadi di Doha. Tapi kalau siapa ada beli connecting train nak ke tempat lain ke naya le. So pengajaran jangan sesekali beli tiket nak ke tempat lain hari yg sama turun dari flight. Asalnya saya pun plan mcm tu. Nak terus ke Munich once dah sampai Amsterdam, esok hari2 last baru nak fokus Amsterdam.


Kira 1 jam juga lah nak clear di airport. Dah clear terus ke locker simpan beg. Cukup 1 locker bayar dalam Euro 9.00++ utk dua luggage besar dan dua backpack gemuk. Tak payah dengar org kat pjbt tu suruh ambik locker paling besar. Yg XL ni pun dah cukup. Bayar pakai kad ye...senang je. Follow arahan. Slip simpan sebab ada bar cod yg kita nak scan bila nak ambik luggage semula. Jangan hilangkan.



Berlepas dari Doha selepas transit beberapa jam. Lega juga bila transit ni sebab dapat hilangkan lenguh kaki kebas bagai. Tapi jangan ambil transit sekejap sangat sebab bila sampai Doha, nak setlle imigresen ramainya manusia. Lambat. Bila tengok keluar Doha ni nampak berjerubu je...almaklum negara pasir berdengung. So macam mana mereka tahan kan. Kita jerebu pun dah terasa peritnya.


Entah berapa kali tengok map ni, nak tengok movie takde feeling, habis semua movies screening tapi satu pun tak layan.


Akhirnya jam 1.30 ptg sampai Hamsterdam....ada yg sebut macam tu, hmmmm sedap juga Hamster.....


Combi tiket...24 Euro, bus dan entrance siap. Ok lah. Ada date di situ, so dah beli jangan bertangguh


View dari dlm bus on the way ke taman tulip

Dah siap simpan luggage terus terjah kat hujung exit 4 dekat starbuck, (macam ada dua starbuck di airport Schipol ni??) kat luar sana ada bus dan booth untuk combi tiket ke Keukenhof. Nak beli tiket pun jangan beli online tak silap ada letak date siap2. Takut lambat sampai macam tadi lah. Elok sampai dan clear di airport baru beli, kita tau lewat atau tidak. Bas yang nak patah balik ke airport dari Keukenhof ni pun ada limit dia. tak silap dalam jam 7.30 ke atau 8.00 mcm tu. Kami tak sampai ambik bas last. Merayau dalam lebihkurang dua jam terus balik sebelum org ramai bersesak naik bas balik. Masa kami nak balik masih ada org yg baru sampai, rasanya masa tu dah nak tutup dalam sejam dua je lagi.


Menggila bunga


Phewww...Keukenhof ni sangat luas, kena waktunya end April dan awal Mei, kemuncak bunga bunga kembang. Plan kena betul, kalau akhir2 musim dia, banyak bunga dah dibuang. Minggu ni 21 mei adalah last day. Bunga pun dah tak berapa cantik. 1 May ramai orang, masuk je nampak orang je tapi jangan risau, dalam tu luas, jalan je and take your time to enjoy. Masya Allah macam mana Tuhan yang Maha Kaya boleh ciptakan bunga sekecik hingga sebesar dengan ada keunikan sendiri satu persatu. Kita boleh ke cipta? Tulip asal dari Turki tapi dah macam produk Holland pulak kan. Tengok betapa bijaknya depa komersialkan? Org lebih kenal tulip tu dengan Holland. Sebut tulip Holland, sebut Holland tulip. Sedih!

Dah letih jalan kami ambil bus balik sebelum bersesak semua nak balik. Sampai Amsterdam Central dengan train yg tambang 5.20 Euro dadri Schipol kami jalan ke hotel. Hotel di Ams ni mahal, last minit dapat yyg dekat central station kecik pun ambik je lah, asalkan tak perlu any transport lagi, kos transpot sini agak mahal. Single tiket 2.90 Euro boleh guna tram atau bas untuk dalam city selama sejam. Tapi ingat keluar masuk dalam tram dan bus kena touch kad di mesin. Keluar tanpa check out nak masuk next bus atau tram dah tak valid. Kami keluar tak touch kad bila nak naik tram lain pelik, kenapa belum sejam tapi dah tak boleh guna. Kena pulak driver bus sebelum tu tua dan dia, tak cakap, hmmm burn. Kena beli lain tiket. 

Dah letak beg kami merayau sekitar hotel. Kotor juga Ams City ni..puntung rokok bersepah, kedai rapat-rapat celah sana sini. Jumpa kedai kebab tapi tak minat nak beli, Tengok stok kebab banyak display. habis ke? Dah malam ni. Esoknya awal pagi kami merayau kedai baru nak buka nampak kebab dan pizza yang sama. Hmmm...panaskan semula. I dont like. Sampai balik tak cuba pun kebab dekat hotel tu.
Kedai kebab area hotel
Panjang  kaki depa, basikal tak cun langsung, ada org muda naik basikal tua, tapi apa kesah, yg penting depa slim dan vogue


Esoknya seawal 9 pagi kami check out tinggal luggage di hotel dan merayau sebelum ke central station untuk train ke Munich


Flower market baru nak buka. Rupanya ini flower market depa, ada la dalam satu row, adei...kami dah jalan sini tapi dalam kepala masih fikir nanti last day nak pergi flower market. Pagi tak ramai orng. Bila dah ramai, pening, memang tak cam jalan wpun peta di tangan



Tram kereta basikal kongsi jalan, berselirat. Fikir panjang camne kalau drive di sini jalan yg kita tak biasa


Lepas penat berjalan balik hotel pick up luggage terus ke station centraal untuk ambik train ke Munich. Tiket dah beli awal harga 39 Euro, dengan Bahn Train. Bila monitor harga tiket masih boleh beli wpun dah dekat tarikh perjalanan sebab tak melambung macam Eurostar. Mungkin sebab train ke Germany ni banyak waktu boleh pilih. Saya pilih waktu dan yang transit sekali je. Kalau transit banyak kali leceh nak tukar platform nak nak kalau transfer time tu berapa minit je, jenuh nak mengejar.

Dalam train dah pilih seat sebab ada tetrbaca kalau ramai org seat takde memang berdiri ler. So kami pilih seat dekat dgn luggage rack, nampak le beg kami sentiasa. Memang penuh.....syukur dah pilih seat bayar seorang 4.50 Euro lagi utk seat reservation.
Dari Amsterdam ke Munich view biasa je...tak best sangat...ladang canola kot... elok tidur lah sebab waktu tu sampai ke petang Msia malam.